.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

isnin, 4 safar 1434

assalamualaikum ikhwah akhowat smua..
apa khabar iman? apa khabar amal? apa khabar kesihatan?


persaudaraan sejati dan mereka dijanji syurga! untunglahh

apabila ku terbaca semula firman itu, ia mengingatkan aku tentang persaudaraan,
ku baca firman persaudaraan, tika persaudaraan yang terbina itu mula teruji,
ku baca firman persaudaraan itu, agar ujian ini dapat ku harungi,
dalam mencapai persaudaraan sejati...

Telah berlalu banyak episod, siri, kisah-kisah yang kami sentiasa buat bersama dan harungi bersama. Bermula ketika aku 1st year, yang hanya aku mengenalnya dengan lelaki yang biasa-biasa, hinggalah sekarang, ia seakan-akan tidak mengenalku.

ya, banyak, mungkin terlalu banyak. Saat-satu aku lemah tidak berdaya di tahun 2, kerana hanya aku saja ikhwah yang dhur thani, buku nota kehidupanku dituliskan kata-kata semangat dan seperti biasa, tanda tangannya yang 'buruk' itu ditinggalkan juga diatas buku itu. tika semua lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa, dia hadir dengan penuh semangat, membakar semangat kami smua.
Tika sakit pula, dialah orang yang pertama menghulurkan bantuannya tidak kira petang atau malam.

sejak dari itu, dirinya ku lihat semakin meningkat dalam banyak perkara. Aku terus menanam azam agar wujud insan hebat seperti ini dalam 'jalan-sumpah-panjang' ini.
Ketika itu dia bersungguh membaca alquran walaupun kadang tersilap aku menengurnya. membawa kitab agung itu kemana-mana dia pergi. 
Hadis-hadis juga semakin diminati, setiap peringatan diberi berdasarkan hadis-hadis itu. Hati ku semakin berbunga melihat keadaaan yang berlaku.

Awal tahun 3 yang mendesak dalam perebutan kelas. Kami bersama-sama mempertahankn hujah demi dakwah dan fikrah, dia juga yang terkedepan. Namun saat kami tewas dan menyerah, medan bertukar didalam kelas yang bercampur, dia lah yang ramai lecturer kenal kerana kepetahannya dan bijaknya dia. Ciri-ciri ikhwah juga semakin terbentuk dan aku semakin yakin..

Apabila ikhwah mula membentuk lapisan-lapisan bawah, satu lapisan,dua lapisan. Adik-adik ini sangat menghormatinya. Sentiasa mengajar dan berkorban. Tidak kenal erti letih dan lelah.

Tahun 4 mengjengah dengan penuh ceria, hati-hati kami semakin yakin. Namun berlaku satu ujian keatas kami berdua. Tentunya dia yang lebih tertekan kerana terfokus kepadanya. 
ya, seperti biasa, kami mengharunginya bersama. Memekak telinga.. Namun apa yang kami buat itu berdasarkan perbincangan yang disepakati.
Alhamdulillah, ujian itu membina kami, tarbiyyah yang terus dariNya. Aku semakin pasti, kami semakin faham lumrah 'jalan' ini.

ya, aku makin menyakini, namun ada beberapa yang masih seperti dahulu buat aku kurang mengerti.
Mungkin juga salah aku, terlalu yakin dan mengharap sesuatu yang tidak pasti. Membina ikhwah-ikhwah yang hatinya hanya untuk Allah, lengkap serba-serbi itu bukan sehari dua, setahun dua, atau pun beberapa tahun, malah ia meminta lebih dari itu..

ya, mungkin aku juga yang tidak sabar mengharapkan kesempurnaan semuanya sekali. Terlalu mengharap apa yang dirancang selalu terjadi, sedang aku berdoa hanya ketika aku hampir tidak dipeduli, bukan sepanjang waktu dan ketika apapun terjadi. 
Mungkin juga aku suka membanding-bandingkan antara yang sempurna dengan yang sedang menuju kearah itu.
hingga aku tergopoh menarik rambut didalam tepung itu, membuat rambut itu terputus, malah tepung juga turut berterabur.

Sesuatu yang diluar jangkaan aku berlaku apabila dia tarik diri. 
Mengapa?? secara tiba-tiba?
apabila kami yang lain lebih dan dia kurang. 

Benar persaudaraan ini atas Islam dan bukan atas 'jalan-jalan' itu. 
tapi......
bukankah kita sudah lama bersama, ukhuwah islam yang dikatakan itu bukankah lahir dari perjalanan kita yang sama suatu ketika dulu?

Benar, aku benar-benar keliru apa yang dia mahukan. Namun apa yang aku boleh buat melainkan melepaskan??

Perginya dia, hampir terputuslah segalanya. Segala itu kami perlu kami tanggung sedaya upaya.
Mula-mula memang tidak berdaya, tapi lama-lama ia jadi biasa.

Tiba-tiba setelah segala nya seperti sedia kala, dia kembali menjelma, menyatakan yang dia tersilap dan segalanya. Aku terima dengan hati terbuka namun hati yang terluka itu dibiarkan saja.
Tapi aku yang pelik, walaupun sudah kembali seperti sedia kala, mengapa masih ada yang kurang?
Buat aku semankin menagih jawapan meresakkan hati.

Hari demi hari, Public Health bertukar Ophthalmology, kami satu kelas, bermula pagi dengan skill, round dan lecture, semuanya kami bersama. Namun aku merasakan sesuatu yang kurang.
Hari demi hari, kurasa dia semakin menjauh. 
Hari demi hari semakin jauh,
dan jauh....

Aku buntu.
Adakah aku yang salah, terasa bersalah, atau pun memang patut dipersalahkan???
setelah smua yang berlaku,segalanya tanpa aku sedari,,
namun aku juga yang harus dipersalahkan??
atau siapa? dia??
dia yang ku yakin suatu masa dulu mampu berubah,
setelah aku yakin dan semakin yakin untuk berubah, tiba-tiba dia pergi dan mahu kembali tetapi kembali seperti dahulu..
dan aku pula yang harus  dipersalahkan??

............................................................................................................................................................

ya, firman yang dahulu kembali ku renung, ku baca firman itu sekali, dua kali dan berkali-kali..

aku tahu ukhuwah itu tidak perlu diperjuangkan,
tidak perlu kerana ia hanyalah akibat daripada iman

firman tuhan yang selalu dilaungkan itu...
''sesungguhnya orang beriman itu bersaudara''

aku makin faham, bahawa ukhuwah itu memang tidak perlu diperjuangkan,
saat ikatan itu lemah, saat keakraban kita merapuh,
saat salam dan bertegur sapa itu pun sangat menyakitkan,
saat kita bersama itu walau sekejap, terasa sangat menyiksakan,
saat pemberian bagai bara api yang menyala dan membakar,
saat cuba untuk berbaik itu justeru melukai,

aku faham, bukan persaudaraan kami yang bermasalah, tapi iman kami yang terkoyah rabak.

ya, iman kami, kalo buka iman dia, sudah tentulah iman ku yang menjerit.
dan semestinya aku lah yang selalu kurang,
kerana iman itu didalam sedang didalam ku selalu tidak terurus. aku tidak tahu pula dia..

ya, persaudaraan itu adalah akibat dari iman,
dan kini aku benar-benar faham,

kini...
aku cuba memperbaiki apa yang kurang dari dalam dan luar, memperbaiki iman yang sentiasa menjerit-jerit ini. memberinya makanan supaya ia sentiasa sihat dan segar.
Terus menjaganya dan menyemainya kembali,
agar nanti ia akan tumbuh mekar mewangi..

aku harap dia juga begitu....
sama-sama perbaki iman nya, agar turut cergas seperti dia yang aku harap-harapkan dahulu.
menjadi permata islam yang ibarat mentari yang bersinar terang, namun tetap tunduk mengadap tuhannya yang esa!!

agar persaudaraan yang semakin menjauh,kembali tertaut,
agar perasaan ku yang kurasa dia semakin jauh,kembali dekat,
agar salam itu tidak lagi rasa menyakitkan,
agar pertemuan itu tidak menyiksakan,

Begitulah sikap tuhan orang beriman,
tidak diberiNya untuk kita berkata tanpa bukti dan ujian untuk membuktikan
diuji pula bukan calang-calang,
apa yang sering kita laungkan
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
dari situlah ujian itu didatangkan.

dan aku, aku terima ia sebagai ujian, kerana aku teringin tergolong dalam orang- beriman,
teruskan berjalan, dalam sebuah perjalanan panjang,
mati syahid itu yang aku harapkan.
Walaupun sentiasa diri ini tidak layak, namun persediaan itu itu diperlukan,
sebelom diri ini dihadapakkan
kepada yang maha berkuasa yang penuh dengan kebaikan...





hakim.muslim.ikhwan











0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds