.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

sabtu, 12 syawal 1432


assalamualaikum,
dengan nama Allah..


rasulullah bersabda, 
'setiap umatku diampunkan kecuali mereka yang mendedahkannya. ada dalam kalangan yang memdedahkan ini melakukan suatu dosa pada waktu malam dan pagi. 
sedang Allah menutup keabiban dosa itu, namun mereka sendiri yang mendedahkannya kepada orang lain lalu berkata; wahai fulan, semalam aku melakukan itu dan ini...
maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia menghapuskan rahmat Allah yang selama ini 
menutup segala keaibannya..
r.h. Al Bukhari dan Muslim


sepuluh ramadhan terakhir yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat lain sempat la untuk beri'tikaf di sebuah masjid yang orang di sana biasa sebut; markaz islami.
pada petang 21 atau 22 ramadhan itu(saya tidak berapa nak ingat), ada kuliah tafsir bersama seorang pakcik yang berpangkat datuk lagaknya.
orang memanggilnya syiekh salam.
petang itu kami belajar menafsir beberapa surah pendek, al a'laq dan an nas.
bersama kami juga beberapa orang pelajar indonesia, afrika, dan eropah(rusia dan sebangainya).


"iqraaq.. ya akhi"


saya pun baca lah kedua-dua surah yang pendek itu.


"alhamdulillah, khair"
"erm, hayya taaruf"
tanyanya sambil senyuman yang sentiasa menghiasai bibirnya. teringat saya pada atok saya yang sudah meninggal dunia semasa saya darjah enam lagi. rindu!


"bismillah, ahukum fillah, ismi hakim, ana min malizi"


"na'am, ismu jamil"
"ma makna hakim?"
tanya syiekh itu.


"errrr...."
..................................................................................................


"allazi yuwaswisu fi shudhurin nass"
surah an nas.
yang bermaksud; yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia.


dosa-dosa yang tersembunyi.
Saya nak tanya sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, berapa banyak dosa yang pernah kita semua lakukan?


"banyakkkk...."


ya! memang banyak dosa yang kita telah buat. tetepi alhamdulillah, Allah yang maha penyanyang dengan rahmatnya telah menutup dosa-dosa ini. 
percaya kah?
kalau tidak percaya, cubalah baca semula dan perhatikan hadis yang paling atas sekali itu.


andailah dosa-dosa yang banyak dan tersembunyi ini berwarna. contohnya warna biru ditangan kiri. makin banyak buat dosa makin pekat warna biru pada tangan kiri ini. pastinya orang akan mengetahuinya. 


"tengok tu, tangan kiri dia ni warna birunya pekat la. ni set-set orang banyak buat dosa la ni"


"orang ni tak layak nak bagi nasihat kat aku, tengok tangan dulu la sebelom nasihat orang tu oii, tangan pun biru pekat!!"


dan berbagai-bagai lagi versi lain.
kantoilah disitu. menakutkan!


kita kononnya orang yang wara' dan thiqah. kita lah yang menjadi imam masa solat jemaah, kita lah juga yang bagi tazkirah dan tidak terkecuali orang biasa-biasa sekalipun. namun disebalik itu, ada banyak dosa-dosa yang kita sengaja buat. bukannya kita tidak tahu ianya salah. tapi itu lah kita. ego!


"limaza fi hazihi surah (an nas), fi shudhur wa laisa fi qalb?"
"lianna..." syeikh salam.


sahabat-sahabat, syaitan hanya boleh membisikkan kejahatan hanya pada dada, bukan pada hati kita. hati kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
dosa kita orang tidak akan nampak, tapi kita tahu, Allah juga tahu.
hingga kini, kita tetap melakukan dosa-dosa tersembunyi itu dan tidak mampu di kesan oleh orang lain disekeliling kita. apabila berseorangan dalam bilik, watak jahat ini lah yang berkuasa dan menguasai kita. tiada siapa tahu melainkan kita dan Allah sahaja.


kasihnya Allah pada kita kerana masih melindungi aib kita.
hebatnya kita berlakon!


masalahnya sekarang sampai bila?
sampai bila dosa-dosa itu akan terus kita lakukan? 
hei,, tidak mustahil suatu hari nanti segala dosa-dosa itu akan terbongkar jua. hari ini kita bernasib baik Allah masih menyembunyikan dosa-dosa kita. tetapi ingatlah,
hari akhirat itu wujud dan kita beriman dengan hari akhirat bukan?
di sana , segala apa yang kita lakukan akan dibongkarkan.


ya Allah, malunya kita andai tidak bertaubat, dosa-dosa itu terus ada. dihadapan Allah itu nanti kita nak jawab apa?


"hei fulan, Aku bagi kau hidup didunia dengan penuh kenikmatan, siap sembunyikan dosa-dosa kau lagi dengan rahmat Ku. masih juga kau tak mahu bertaubat!!"


masa itu, mula lah kita gelabah, tidak tahu dimana ingin kita sorokkan muka ini. daging-daging dimuka ini berjatuhan ketanah dek kerana terlalu malu dengan Allah atas dosa-dosa kita.
malunya kita dengan orang-orang yang selalu kita nasihatkan,
malunya kita pada berjuta-juta orang dipadang mahsyar,
malunya kita pada Allah, sang pencipta sekalian makhluk,
malunya!


(dah la malu, neraka lagi)
...................................................................................................


sambungan kisah nabi musa.


"ya Allah, Kau kata.. mengapa..?"


Allah berkata kepada musa,
" hai musa utusan Ku, ketahuilah, hamba yang Aku sebutkan dahulu, yang sentiasa berbuat dosa dan maksiat selama 40 tahun itu telah memanfaatkan hidayah yang aku beri padanya hingga menyebabkan dia ingin bertaubat pada Ku".


"dan hari ini merupakan hari yang paling gembira buat ku kerana hamba ini telah bertaubat pada Ku dan sebab itu lah aku menurunkan hujan ini"


nabi musa rasa sungguh maha pemurahnya Allah dan ingin bertanyakan sesuatu,
"ya rabbul izzati, bolehkah aku tahu siapakah hamba bertuah itu? ingin sekali aku bertemu dengannaya".


"hai musa, selama 40 tahun hamba ini berbuat dosa dan maksiat kepada Ku, dengan rahmat Ku, Aku sembunyikan aib ini hingga tiada seorang pun yang mengetahuinya.
takkanlah hari ini, hari yang paling gembira buat Ku, aku akan bukakan aib hamba ini kepada mu wahai musa?"


"biarlah dosa-dosanya yang lepas hanya Aku dan hamba ini sahaja yang tahu".

maka, faham lah nabi Allah musa bahawa Allah lah at tawwab. maha penerima taubat.


sahabat-sahabat, sebesar mana pun dosa kita, pasti Allah akan ampunkan. bukankah Allah itu penerima taubat.
dalam al qur'an, berpuluh-puluh kali Allah minta pada hamba-hambanya supaya bertaubat kepadaNya dan jaminannya, pasti Dia akan menerima taubat itu.


masih ingin terus melakukan dosa dan maksiat?
atau kita ingin sama-sama berubah?


ingat, jangan sampai Allah buka aib itu pada orang lain,
jangan sampai laknat Allah ditimpakan kepada kamu,


jadi, bila ingin bertaubat?
nak tunggu sampai bila?


kuat tekat.Allah beri..


maaf salah silap saya sepanjang entry kali ini.
minta tegur saya mana-mana yang silap dan tersalah.
inshaAllah.




hakim.muslim.ikhwan

















khamis, 10 syawal 1432


assalamualaikum,
dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.


andainya dapat ku menulis
nota-nota cinta buat diri Nya
ingin ku titipkan bersama
semua kuntuman bunga
yang indah berseri..


Allahu akhbar! Allah maha besar.
alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi bagi saya peluang untuk hidup.
masih lagi beri saya peluang untuk bertaubat atas setiap dosa-dosa yang saya lakukan. 
masih lagi beri peluang pada saya untuk terus berusaha mencapai cinta yang hakiki hanya untukNya.
sekarang ini pun saya masih lagi cuba dan cuba untuk mencapai tahap cinta itu.
masih!


ada sebuah nasyid baru dari saujana. tajuknya nota cinta. best! 
andainya dapat ku menulis nota-nota cinta buat diriNya. 


sebenarnya tidak perlu lagu nasyid pun. ada saja lagu-lagu rock kapak yang sememangnya banyak lagu-lagu cinta. cuma perlu diubah suai sedikit agar cinta itu bukan pada siapa-siapa, tetapi kepada sang Pencipta.


'orang yang paling pintar adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan
bersedia untuk menghadapinya' H.R Abdullah bin Umar


beberapa bulan yang lepas dalam sebuah majlis ilmu, the insight oleh akhi rusydi.
ada sebuah cerita....


pada zaman nabi musa a.s.
adalah suatu masa itu kemarau yang panjang hingga orang semua dahaga dan kehausan, mereka ingin minum tetapi tiada air. ya lah, dah namanya kemarau.
orang yang pernah merasai kemarau sahaja yang dapat merasai nikmatnya minum air sejuk.
kalau kita, biasa-biasa saja. buka peti air dah boleh dapat air sejuk.


nabi musa pun mengumpulkan kaumnya untuk berdoa dan solat agar Allah menurunkan hujan. hari pertama, hari kedua dan hari ke tiga,
namun setitis air pun tidak keluhatan, apa lagi hujan lebat yang diharap-harapkan.
nabi musa pun kehairanan dan kaumnya juga bertambah-tambah lagi peliknya.


'kenapa ek hujan tak nak turun-turun? hurmm'
desir hati salah seorang daripada kaum nabi musa.


nabi musa pun mengasingkan diri daripada kaumnya buat seketika dan berbicara dengan Allah si pemilik segala rezeki.


"ya Allah tuhan maha pemberi rezeki, tuhankun yang maha pengasih lagi maha penyayang, kiranya boleh aku tahu mengapa Engkau menahan rezeki mu berupa air sumber kehidupan daripada sampai kepada kaum ku?"
tanya musa.


lantas Allah berfirman,
"wahai musa, sesungguhnya ada dalam kalangan kaum mu yang melakukan dosa, berbuat maksiat selama 40 tahun sedang tiada seorangpun tahu perkara itu.
hendaklah dia keluar daripada kumpulan yang meminta rezeki Ku dan barulah aku akan berikan hujan kepada kamu semua"


nabi musa pulang kepada kaumnya dan berkara,
"aku tahu kenapa Allah menghalang hujan untuk kita"


"mengapa musa?"


"tuhan ku talah menyampaikan sesuatu kepada ku, ada antara kita yang sering berbuat dosa dan maksiat tanpa henti selama 40 tahun.
jadi, aku minta orang itu keluar daripada kita agar hujan diturunkan oleh Allah kepada kita"


sesiapa yang memakan kurma, dialah yang rasa betapa manisnya kurma ini!


aduh, macam mana ini, kalau aku keluar, kantoi la aku yang Allah maksudkan. malu lah aku semua orang tau aku buat dosa dan maksiat selama 40 tahun yang selama ini orang lain tak tau pun. tak thiqah dah la..
tapi..
kalo aku tak keluar dari kumpulan ni, mati la semua orang kat sini. sampai bila-bila Allah tak akan turunkan hujan tu.
huh.. 


ibarat telah mati emak, luah mati bapa pula. itulah yang dirasa oleh seorang si pembuat maksiat 40 tahun ini. dia tiada pilihan dan harus memnuat keputusan.


tanpa dia sedari, hidayah Allah sampai kepadanya agar dia bertaubat.


ya Allah, aku malu pada diri aku selama ini. aku telah banyak berbuat dosa kepada Mu dan kini aku tersepit. (avoidance-avoidance conflicts
aku malu dengan meraka kiranya mereka tahu punca kemarau ini adalah disebabkan dosa-dosaku itu. 
dan kini aku lebih malu kepada Mu ya Allah untuk memohon agar diampunkan dosa-dosaku yang banyak ini.
ampunilah hamba Mu ini, aku ingin bertaubat kepada Mu, Allah. 
doa hamba si pembuat dosa ini didalam hati dengan sepenuh-penuh pengharapan.


tiba-tiba...


hujan pun turun dengan lebatnya. wah!! alhamdulillah, akhirnya..
semua kaum nabi musa gembira tidak terhingga sehingga terlupa apa yang nabi musa sebutkan tadi.. 'orang yang berbuat dosa selama 40 tahun itu mesti keluar dari kalangan kami agar hujan turun'
Allah telah melupakan meraka dengan nikmat air setelah kemarau panjang.


namun nabi musa sedar akan perkara ini. lalu nabi Allah ini sekali lagi berbicara dengan tuhannya yang juga tuhan kita, Allah penguasa setiap makhluk.


'ya Allah, Kau kata... tapi mengapa...'


................................................................................................................................................................


hakim.muslim.ikhwan













rabu, 8 syawal 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat,
dengan nama Allah,


apa khabar semua? apa khabar iman? apa khabar islam?
(tamparan untuk diri saya sendiri dan soalan untuk semua yang membaca)


rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam AidilFitri kepada sahabat-sahabat sekalian yang sudi membaca blog ini. semoga setiap amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. saya juga mohon maaf atas salah silap saya sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi. siapa tahu kan?


menarik tentang ramadhan dan syawal. semua tahu bahawa syawal disambut kerana kemenangan yang kita kecapi semasa ramadhan. 
kemenangan kepada hawa nafsu,
kemenangan mengalahkan syaitan yg direjam,
kemenangan mendapatkan ijazah daripada pusat latihan intensif ibadah dan takwa,
kemenagan demi kemenangan.
dan
semua layak untuk meraikannya. namun..
apa bezanya orang yang betul-betul bersungguh dengan ramadhannya dengan orang yang cukup sekadar berlapar dan dahaga kerana mengikut jejak langkah orang lain namun langsung tidak faham apa-apa tentang ramadhan?


soalan yang sama,
apa bezanya orang yang menyarung jersi sebuah pasukan bola sepak dengan orang yang menyokong pasukan bola sepak itu ketika pasukan itu berjaya memenangi piala dunia? 




mesti lah tidak sama kan?
ke.. sama saja? 
hurmm


dan, apa kena mengenanya dengan tajuk diatas?


hakim,muslim.ikhwan



Blogger Template by Blogcrowds