.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

18 zulhijjah1432, isnin


Dengan nama Allah.. 
Apa khabar semua pembaca smua.
Huh, terasa sangat-sangat lama tidak mengupdate blog ni.
InshaAllah dan alhamdulillah kali ini Allah masih lagi beri peluang pada saya untuk menulis sesuatu.


Hurm..
Mengapa tajuk kali ini macam pelik saja.
BlackBerry.
Sebelum-sebelum ini pun memang lebih kurang macam ini jgk bukan?
Apa-apalah. hehe




Baiklah.
Semakin lama kita hidup, semakin banyak cabaran dan dugaan yang
kita hadapi dan tempuhi. saat kita rasa pada masa itu tersepit yang 
sampai kita rase macam sudah tidak ada harapan lagi, tapi sekarang 
kita bahagia dan selesa.
Cuba anda renung kembali masa susah itu. 
Apakah yang anda rasa?
Cubalah..
Speechless...


Apa yang saya merepek dan cuba sampaikan ni?
Dan..
Apa pula kene-mengenanya semua feels diatas dengan
BlackBerry??
Hurm..


Fikir-fikirkan lah ya.
Saya harap kali ini saya dapat tinggalkan sesuatu didalam hati 
dan fikiran anda untuk kita sama-sama rasa dan fikirkan.


Owh ya.. satu ayat qur'an yang diterjemah; 
Allah berfirman..
''Jika hamba-hamba Ku bertanyakan tenteng Aku, 
Sesungguhnya Aku dekat'' baqarah


Maaf salah silap dan tegur kesalahan saya jika adam
InshaAllah.




hakim.muslim.ikhwan



















































































































































sabtu, 12 syawal 1432


assalamualaikum,
dengan nama Allah..


rasulullah bersabda, 
'setiap umatku diampunkan kecuali mereka yang mendedahkannya. ada dalam kalangan yang memdedahkan ini melakukan suatu dosa pada waktu malam dan pagi. 
sedang Allah menutup keabiban dosa itu, namun mereka sendiri yang mendedahkannya kepada orang lain lalu berkata; wahai fulan, semalam aku melakukan itu dan ini...
maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia menghapuskan rahmat Allah yang selama ini 
menutup segala keaibannya..
r.h. Al Bukhari dan Muslim


sepuluh ramadhan terakhir yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat lain sempat la untuk beri'tikaf di sebuah masjid yang orang di sana biasa sebut; markaz islami.
pada petang 21 atau 22 ramadhan itu(saya tidak berapa nak ingat), ada kuliah tafsir bersama seorang pakcik yang berpangkat datuk lagaknya.
orang memanggilnya syiekh salam.
petang itu kami belajar menafsir beberapa surah pendek, al a'laq dan an nas.
bersama kami juga beberapa orang pelajar indonesia, afrika, dan eropah(rusia dan sebangainya).


"iqraaq.. ya akhi"


saya pun baca lah kedua-dua surah yang pendek itu.


"alhamdulillah, khair"
"erm, hayya taaruf"
tanyanya sambil senyuman yang sentiasa menghiasai bibirnya. teringat saya pada atok saya yang sudah meninggal dunia semasa saya darjah enam lagi. rindu!


"bismillah, ahukum fillah, ismi hakim, ana min malizi"


"na'am, ismu jamil"
"ma makna hakim?"
tanya syiekh itu.


"errrr...."
..................................................................................................


"allazi yuwaswisu fi shudhurin nass"
surah an nas.
yang bermaksud; yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia.


dosa-dosa yang tersembunyi.
Saya nak tanya sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, berapa banyak dosa yang pernah kita semua lakukan?


"banyakkkk...."


ya! memang banyak dosa yang kita telah buat. tetepi alhamdulillah, Allah yang maha penyanyang dengan rahmatnya telah menutup dosa-dosa ini. 
percaya kah?
kalau tidak percaya, cubalah baca semula dan perhatikan hadis yang paling atas sekali itu.


andailah dosa-dosa yang banyak dan tersembunyi ini berwarna. contohnya warna biru ditangan kiri. makin banyak buat dosa makin pekat warna biru pada tangan kiri ini. pastinya orang akan mengetahuinya. 


"tengok tu, tangan kiri dia ni warna birunya pekat la. ni set-set orang banyak buat dosa la ni"


"orang ni tak layak nak bagi nasihat kat aku, tengok tangan dulu la sebelom nasihat orang tu oii, tangan pun biru pekat!!"


dan berbagai-bagai lagi versi lain.
kantoilah disitu. menakutkan!


kita kononnya orang yang wara' dan thiqah. kita lah yang menjadi imam masa solat jemaah, kita lah juga yang bagi tazkirah dan tidak terkecuali orang biasa-biasa sekalipun. namun disebalik itu, ada banyak dosa-dosa yang kita sengaja buat. bukannya kita tidak tahu ianya salah. tapi itu lah kita. ego!


"limaza fi hazihi surah (an nas), fi shudhur wa laisa fi qalb?"
"lianna..." syeikh salam.


sahabat-sahabat, syaitan hanya boleh membisikkan kejahatan hanya pada dada, bukan pada hati kita. hati kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
dosa kita orang tidak akan nampak, tapi kita tahu, Allah juga tahu.
hingga kini, kita tetap melakukan dosa-dosa tersembunyi itu dan tidak mampu di kesan oleh orang lain disekeliling kita. apabila berseorangan dalam bilik, watak jahat ini lah yang berkuasa dan menguasai kita. tiada siapa tahu melainkan kita dan Allah sahaja.


kasihnya Allah pada kita kerana masih melindungi aib kita.
hebatnya kita berlakon!


masalahnya sekarang sampai bila?
sampai bila dosa-dosa itu akan terus kita lakukan? 
hei,, tidak mustahil suatu hari nanti segala dosa-dosa itu akan terbongkar jua. hari ini kita bernasib baik Allah masih menyembunyikan dosa-dosa kita. tetapi ingatlah,
hari akhirat itu wujud dan kita beriman dengan hari akhirat bukan?
di sana , segala apa yang kita lakukan akan dibongkarkan.


ya Allah, malunya kita andai tidak bertaubat, dosa-dosa itu terus ada. dihadapan Allah itu nanti kita nak jawab apa?


"hei fulan, Aku bagi kau hidup didunia dengan penuh kenikmatan, siap sembunyikan dosa-dosa kau lagi dengan rahmat Ku. masih juga kau tak mahu bertaubat!!"


masa itu, mula lah kita gelabah, tidak tahu dimana ingin kita sorokkan muka ini. daging-daging dimuka ini berjatuhan ketanah dek kerana terlalu malu dengan Allah atas dosa-dosa kita.
malunya kita dengan orang-orang yang selalu kita nasihatkan,
malunya kita pada berjuta-juta orang dipadang mahsyar,
malunya kita pada Allah, sang pencipta sekalian makhluk,
malunya!


(dah la malu, neraka lagi)
...................................................................................................


sambungan kisah nabi musa.


"ya Allah, Kau kata.. mengapa..?"


Allah berkata kepada musa,
" hai musa utusan Ku, ketahuilah, hamba yang Aku sebutkan dahulu, yang sentiasa berbuat dosa dan maksiat selama 40 tahun itu telah memanfaatkan hidayah yang aku beri padanya hingga menyebabkan dia ingin bertaubat pada Ku".


"dan hari ini merupakan hari yang paling gembira buat ku kerana hamba ini telah bertaubat pada Ku dan sebab itu lah aku menurunkan hujan ini"


nabi musa rasa sungguh maha pemurahnya Allah dan ingin bertanyakan sesuatu,
"ya rabbul izzati, bolehkah aku tahu siapakah hamba bertuah itu? ingin sekali aku bertemu dengannaya".


"hai musa, selama 40 tahun hamba ini berbuat dosa dan maksiat kepada Ku, dengan rahmat Ku, Aku sembunyikan aib ini hingga tiada seorang pun yang mengetahuinya.
takkanlah hari ini, hari yang paling gembira buat Ku, aku akan bukakan aib hamba ini kepada mu wahai musa?"


"biarlah dosa-dosanya yang lepas hanya Aku dan hamba ini sahaja yang tahu".

maka, faham lah nabi Allah musa bahawa Allah lah at tawwab. maha penerima taubat.


sahabat-sahabat, sebesar mana pun dosa kita, pasti Allah akan ampunkan. bukankah Allah itu penerima taubat.
dalam al qur'an, berpuluh-puluh kali Allah minta pada hamba-hambanya supaya bertaubat kepadaNya dan jaminannya, pasti Dia akan menerima taubat itu.


masih ingin terus melakukan dosa dan maksiat?
atau kita ingin sama-sama berubah?


ingat, jangan sampai Allah buka aib itu pada orang lain,
jangan sampai laknat Allah ditimpakan kepada kamu,


jadi, bila ingin bertaubat?
nak tunggu sampai bila?


kuat tekat.Allah beri..


maaf salah silap saya sepanjang entry kali ini.
minta tegur saya mana-mana yang silap dan tersalah.
inshaAllah.




hakim.muslim.ikhwan

















khamis, 10 syawal 1432


assalamualaikum,
dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.


andainya dapat ku menulis
nota-nota cinta buat diri Nya
ingin ku titipkan bersama
semua kuntuman bunga
yang indah berseri..


Allahu akhbar! Allah maha besar.
alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi bagi saya peluang untuk hidup.
masih lagi beri saya peluang untuk bertaubat atas setiap dosa-dosa yang saya lakukan. 
masih lagi beri peluang pada saya untuk terus berusaha mencapai cinta yang hakiki hanya untukNya.
sekarang ini pun saya masih lagi cuba dan cuba untuk mencapai tahap cinta itu.
masih!


ada sebuah nasyid baru dari saujana. tajuknya nota cinta. best! 
andainya dapat ku menulis nota-nota cinta buat diriNya. 


sebenarnya tidak perlu lagu nasyid pun. ada saja lagu-lagu rock kapak yang sememangnya banyak lagu-lagu cinta. cuma perlu diubah suai sedikit agar cinta itu bukan pada siapa-siapa, tetapi kepada sang Pencipta.


'orang yang paling pintar adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan
bersedia untuk menghadapinya' H.R Abdullah bin Umar


beberapa bulan yang lepas dalam sebuah majlis ilmu, the insight oleh akhi rusydi.
ada sebuah cerita....


pada zaman nabi musa a.s.
adalah suatu masa itu kemarau yang panjang hingga orang semua dahaga dan kehausan, mereka ingin minum tetapi tiada air. ya lah, dah namanya kemarau.
orang yang pernah merasai kemarau sahaja yang dapat merasai nikmatnya minum air sejuk.
kalau kita, biasa-biasa saja. buka peti air dah boleh dapat air sejuk.


nabi musa pun mengumpulkan kaumnya untuk berdoa dan solat agar Allah menurunkan hujan. hari pertama, hari kedua dan hari ke tiga,
namun setitis air pun tidak keluhatan, apa lagi hujan lebat yang diharap-harapkan.
nabi musa pun kehairanan dan kaumnya juga bertambah-tambah lagi peliknya.


'kenapa ek hujan tak nak turun-turun? hurmm'
desir hati salah seorang daripada kaum nabi musa.


nabi musa pun mengasingkan diri daripada kaumnya buat seketika dan berbicara dengan Allah si pemilik segala rezeki.


"ya Allah tuhan maha pemberi rezeki, tuhankun yang maha pengasih lagi maha penyayang, kiranya boleh aku tahu mengapa Engkau menahan rezeki mu berupa air sumber kehidupan daripada sampai kepada kaum ku?"
tanya musa.


lantas Allah berfirman,
"wahai musa, sesungguhnya ada dalam kalangan kaum mu yang melakukan dosa, berbuat maksiat selama 40 tahun sedang tiada seorangpun tahu perkara itu.
hendaklah dia keluar daripada kumpulan yang meminta rezeki Ku dan barulah aku akan berikan hujan kepada kamu semua"


nabi musa pulang kepada kaumnya dan berkara,
"aku tahu kenapa Allah menghalang hujan untuk kita"


"mengapa musa?"


"tuhan ku talah menyampaikan sesuatu kepada ku, ada antara kita yang sering berbuat dosa dan maksiat tanpa henti selama 40 tahun.
jadi, aku minta orang itu keluar daripada kita agar hujan diturunkan oleh Allah kepada kita"


sesiapa yang memakan kurma, dialah yang rasa betapa manisnya kurma ini!


aduh, macam mana ini, kalau aku keluar, kantoi la aku yang Allah maksudkan. malu lah aku semua orang tau aku buat dosa dan maksiat selama 40 tahun yang selama ini orang lain tak tau pun. tak thiqah dah la..
tapi..
kalo aku tak keluar dari kumpulan ni, mati la semua orang kat sini. sampai bila-bila Allah tak akan turunkan hujan tu.
huh.. 


ibarat telah mati emak, luah mati bapa pula. itulah yang dirasa oleh seorang si pembuat maksiat 40 tahun ini. dia tiada pilihan dan harus memnuat keputusan.


tanpa dia sedari, hidayah Allah sampai kepadanya agar dia bertaubat.


ya Allah, aku malu pada diri aku selama ini. aku telah banyak berbuat dosa kepada Mu dan kini aku tersepit. (avoidance-avoidance conflicts
aku malu dengan meraka kiranya mereka tahu punca kemarau ini adalah disebabkan dosa-dosaku itu. 
dan kini aku lebih malu kepada Mu ya Allah untuk memohon agar diampunkan dosa-dosaku yang banyak ini.
ampunilah hamba Mu ini, aku ingin bertaubat kepada Mu, Allah. 
doa hamba si pembuat dosa ini didalam hati dengan sepenuh-penuh pengharapan.


tiba-tiba...


hujan pun turun dengan lebatnya. wah!! alhamdulillah, akhirnya..
semua kaum nabi musa gembira tidak terhingga sehingga terlupa apa yang nabi musa sebutkan tadi.. 'orang yang berbuat dosa selama 40 tahun itu mesti keluar dari kalangan kami agar hujan turun'
Allah telah melupakan meraka dengan nikmat air setelah kemarau panjang.


namun nabi musa sedar akan perkara ini. lalu nabi Allah ini sekali lagi berbicara dengan tuhannya yang juga tuhan kita, Allah penguasa setiap makhluk.


'ya Allah, Kau kata... tapi mengapa...'


................................................................................................................................................................


hakim.muslim.ikhwan













rabu, 8 syawal 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat,
dengan nama Allah,


apa khabar semua? apa khabar iman? apa khabar islam?
(tamparan untuk diri saya sendiri dan soalan untuk semua yang membaca)


rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam AidilFitri kepada sahabat-sahabat sekalian yang sudi membaca blog ini. semoga setiap amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. saya juga mohon maaf atas salah silap saya sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi. siapa tahu kan?


menarik tentang ramadhan dan syawal. semua tahu bahawa syawal disambut kerana kemenangan yang kita kecapi semasa ramadhan. 
kemenangan kepada hawa nafsu,
kemenangan mengalahkan syaitan yg direjam,
kemenangan mendapatkan ijazah daripada pusat latihan intensif ibadah dan takwa,
kemenagan demi kemenangan.
dan
semua layak untuk meraikannya. namun..
apa bezanya orang yang betul-betul bersungguh dengan ramadhannya dengan orang yang cukup sekadar berlapar dan dahaga kerana mengikut jejak langkah orang lain namun langsung tidak faham apa-apa tentang ramadhan?


soalan yang sama,
apa bezanya orang yang menyarung jersi sebuah pasukan bola sepak dengan orang yang menyokong pasukan bola sepak itu ketika pasukan itu berjaya memenangi piala dunia? 




mesti lah tidak sama kan?
ke.. sama saja? 
hurmm


dan, apa kena mengenanya dengan tajuk diatas?


hakim,muslim.ikhwan



khamis, 19 syaaban 1412


assalamualaikum, 
dengan nama Allah,



Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhnya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa sealah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhluk-Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. 

Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Nya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hamba-Nya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. 

Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegas: “Aishah!” . Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Ungkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua. 

Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. 

Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w.“Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! 

Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…”(At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.


hakim.muslim.ikhwan 

selasa, 10 syaaban 1432


assalamualaikum,,
dengan nama Allah.




"bloggers tanpa internet, ibarat pokok tanpa buah"
peribahasa baru yang ahli bait saya selalu tujukan pada saya. pandai-pandai saja buat peribahasa baru. boleh buat sasterawan-sasterawan melayu pening ni.
terasa malu kerana selalu meminjam broad band(bb)  bilik sebelah, saya pun merancang untuk beli (bb) sendiri dan tadi saya telah berjaya membelinya di etisolat centre setelah menunggu seberapa lama.
sedang menunggu giliran untuk ke counter etisolat centre itu, seorang pemuda arab duduk disebelah saya. dia melihat angka giliran saya, 17, dan angka giliran miliknya pula, 22. mungkin itu yang buat dia tertarik untuk bersembang dengan saya. ada kena-mengenakah?


"ismak eih?" tanya lelaki tersebut sambil tersenyum. "bitadarris walla eih?" sambungnya sambil duduk.


senyum berbalas senyum. 
"fadhal ya akhi. ana hakim. bitadarris hina."
"wa enta, ismak eih? bitaddarris bardu?"


"ana wail. ana khalas. dilwakti, free job"
jawabnya ramah.


fahamlah saya yang kawan baru saya ini menganggur. wail, macam nama dalam movie KCB je.
jadi, kami pun teruskan persembangan kami. rupa-rupanya dia adalah seorang kristien ortodoks. katanya, tiada yang beza antara muslim dan kristien disini. dia banyak menyatakan pendapatnya tentang islam di mesir. 


"muslim kathir fi mirs wa kristien qalil, fi ministry, kullu muslim...."
muslim ramai di mesir, menteri-menteri di sini semuanya muslim. tidak ada seorang pun dari kalangan kristien. jadi kami ini golongan minoriti yang selalu ditindas oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan mereka semuanya muslim.


"kaifa mirs baada muzaharod?"


jawabnya lebih kurang macam ni.
sangat-sangat teruk. kemungkinan ikhwanul muslimin yang akan memerintah. dan pastinya kami makin ditindas kerana ikhwan hanya orang islam. dan masa depan mesir memang tidak dapat dijangka.


saya senenarnya agak terkejut dan saya yakin dia memahami islam semacam itu bukan salahnya, tetapi salah kita orang islam sendiri. saya cuba bandingkan bagaimana orang islam terdahulu. semasa orang islam berjaya menawan negara orang-orang kafir,
betapa ramai orang kafir berpusu-pusu memeluk islam kerana tentera muslim pada masa itu membawa imej islam yang sebenar-benarnya mengikut syariat. contoh, tidak membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak, sangat berperikemanusiaan, tidak memusnahkan, dan layanan mereka keatas tahanan-tahanan perang.


di negara-negara islam yang dinaungi khalifah yang adil memerintah, rakyatnya yang muslim sangat berakhlak mulia, hidup dengan ajaran islam yang sebenar. dan ini seringkali membuatkan kafir-kafir zimmi di negara islam tersebut sangat tertarik dengan islam hingga akhirnya mereka memilih islam daripada memilih agama keturunan mereka.


cuba bandingkan dengan sekarang, atas nama yang sama, negara islam dan rakyatnya muslim, tetapi, kafir-kafir disini langsung membenci islam kerana melihat tiada apa pun tentang islam berdasarkan penganut-penganutnya.
akhlaknya macam mana?
ilmunya macam mana?
pemerintahannya macam mana?
apalah lagi untuk menjadi bangsa yang bertamadun, 
saya rasa banyak lagi yang kita umat islam perlu buat.


saya teringat satu perumpamaan yang diutarakan oleh sahabat usrah saya masa tadabbur qur'an beberapa masa lepas.
islam itu menyeluruh, memenuhi segenab perkara,
tapi sekarang, manusia hanya ambil islam pada part-part tertentu saja. yang rasa best diambil, yang rasa tidak menguntungkan dibuang. ketinggalan zaman dan sebagainya.
ya lah, macam pokok bunga,
bukan semuanya cantik, kita pula mahu ambil bunganya saja,
tidak ambil akar, daun, batang dan semuanya lah, bunga saja,
pastinya bunga tu layu selang beberapa ketika dan begitu lah islam sekarang.
terdetik dalam hati, "ade potensi budak ni!!"


"ting tong...."
"raqam sab'a tasyar, quanter thani"


tibalah giliran saya. saya pun meminta laluan pada wail untuk ke quanter dengan niat lepas ni saya mahu bersembang dengannya lagi. kalau berkesempatan, saya nak minta wail lepas ini perhatikan islam bukan dengan orang-orang muslim itu sendiri, 
tetapi dengan al qur'an dan hadis-hadis nabi serta ajaran islam itu sendiri.


setelah selesai urusan, saya kembali ke tempat duduk, wail sudah tiada. saya bertanya rijal sebelah tu,
"feen wail?" 



"huwa yamsyi"
wail sudah keluar. tidak sanggup tunggu lama-lama di etisolat centre ini agaknya.
saya pun pulang lah dengan hati yang agak duka cita. tidak sempat saya untuk sampaikan apa yang saya mahu sampaikan padanya tadi.
.................................................................................................................................................................


eh, apa kena-mengenanya dengan tajuk di atas tu?
an najasyi
saya sebenarnya nak cerita tentang sejarah hijrah pertama ummat islam berhijrah ke habsyah yang pada masa itu habsyah diperintah oleh seorang raja yang adil lagi baik hati dan beragama nasrani.
tetapi nampaknya macam dah panjang ja. lagipun... 
oleh itu, saya rasa kisah an najasyi ini saya akan ceritakan dalam enrty yang akan datang lah.
inshaAllah.


maaf salah silap saya.
tegur kalau ada kekurangan.


hakim.muslim.ikhwan

ahad, 8 syaaban 1432


sabtu, 7 syaaban 1432


assalamualaikum,
dengan nama Allah..



Risalah daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 

23 Jun 2011

Pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga baginda, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Adapun selepas ..



Firman Allah SWT (bermaksud):

“ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”  (Isra).

Risalah Islam yang bersifat universal

Sesungguhnya perjalanan Isra’ mengandungi banyak pengertian dan tanda-tanda yang penuh hikmah jangka panjang: iaitu terkandung kisah Isra’, bahawa Muhammad saw adalah nabi dua kiblat, pemimpin timur dan barat, pewaris nabi yang terdahulu darinya, pemimpin generasi selepasnya.

Muhammad saw telah melalui secara peribadi dan di dalam perjalanan Isra’nya dari Mekah ke Baitul Maqdis, dan di Baitul Haram ke Masjid Al-Aqsa, dan para nabi menunaikan solat di belakangnya.

Semua ini menandakan keluasan risalah dan berkekalan kepimpinannya, memiliki nilai-nilai kemanusiaan pada ajarannya, kesesuaian dan pembaikan untuk manusia, semua manusia, di mana-mana dan pada semua zaman. Firman Allah swt (bermaksud):

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian.” (Al-Anbiya’:107)

Begitu juga di dalam peristiwa Isra’ menunjukkan kesetiaan para nabi dan rasul tentang  perjanjian yang telah Allah ambil ke atas mereka di dalam ayat (bermaksud):

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."  (Al-Imran: 81).

Sesungguhnya barisan para nabi di Baitul Maqdis dan menunaikan solat di belakang Rasulullah saw sebagai bukti yang terang dan muktamad bahawa mereka beriman kepadanya, dan mereka telah mengambilnya sebagai pemimpin, dan pengikut semua nabi diseru untuk beriman dengan apa yang diimani oleh Rasul mereka, kerana yang demikian adalah satu kebaikan untuk mereka di dunia dan keselamatan bagi mereka di akhirat. Justeru, disebutkan perlembagaan kita (Al-Quran) bermaksud: 

“Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik (Al-Imran: 110).

Sekiranya mereka menolak dan mengabaikan kebaikan ini, malah melakukan tipu daya dan konspirasi terhadap Islam dan umat Islam dengan menyalakan api perpecahan dan peperangan:

“orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi.” (Al-Maidah:  33),

Maka, umat Islam janganlah berasa lemah dan dukacita, tetapi bertenanglah dengan janji Allah, bahawa tipu daya dan konspirasi mereka ini akan dikembalikan ke tempat kehancuran mereka, dan penyiksaan dan kekejaman yang mereka timpakan hanyalah sedikit, dan diikuti dengan kemenangan dari Allah dan pembukaan yang nyata. Firman Allah swt (bermaksud):

“Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.” (Al-Imran: 111).

Manusia menuju kepada kebaikan

Sesungguhnya memperingati Isra ' dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Aqsa di Syam menandakan padamnya kepalsuan, pedagang perang, penerbit riba dan kekejian di seluruh muka bumi, dan akan terbit matahari Islam, dan berpindah kepimpinan manusia daripada tangan orang-orang yang mendokong kerosakan di muka bumi kepada kepimpinan baru Muhammad saw yang dipilih oleh Allah sebagai penutup para Nabi dan Rasul  di dalam perjalanan Isra’; untuk mengeluarkan manusia, semua manusia, daripada kegelapan kepada cahaya dan hidup menikmati kebebasan, keadilan, kesaksamaan dan memelihara kepercayaan, maruah, nyawa dan harta. Kini sudah tiba masanya untuk kepimpinan nilai-nilai kerohanian di kalangan umat; kebenaran dan kebaikan mengambil tempat, dan al-Quran yang agung masih terpelihara dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam)  (Isra: dari ayat 9),

Ayat ini datang selepas hadith tentang Isra’, kerosakan dan kehancuran Bani Israel dalam Surah Al-Isra ', yang juga dinamakan surah Bani Israel, seolah-olah ia mendedahkan mengenai sifat semula jadi mereka, dan tindakan mereka terhadap kemanusiaan. Umat Islam tidak akan mengecapi kemuliaan dan tidak akan merasai kemerdekaan dan keselamatan mereka melainkan mengikuti manhaj yang lurus seperti  yang telah ditetapkan oleh Al-Quran. Manhaj Al-Quran yang mulia mampu membentuk umat yang mendapat petunjuk, dengan semua nilai-nilai dan kemuliaan yang merupakan asas risalah samawi keseluruhan (Sepuluh pesanan di dalam Surah Al-Isra ), yang dirumuskan oleh Nabi saw tentang risalahnya iaitu:

"Sesungguhnya aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Ayat al-Quran telah menegaskan tentang kesatuan risalah samawi. Firman Allah SWT (bermaksud):

“ Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).  (As-Shura: 13)

Dari segi sumbernya yang berasal dari Allah dan kemudian diikuti dari satu generasi ke generasi di atas asas yang sama dan pada wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad saw.

Isra’ mengenal pasti pemilik yang sebenar untuk Palestin

Peristiwa Isra’ membuktikan bahawa tanah Palestin adalah tanah orang Arab dan Islam, suatu perintah yang wajib dituruti dengan menjadikan rantau ini kepunyaan pemiliknya supaya menjadikan jalan ke Masjid Al-Aqsa selamat, terbuka kepada orang-orang yang memulakan perjalanan, dan seorangpun tidak boleh ditegah dating ke sini . Jika benar bahawa negeri tersebut telah ditentukan untuk penganut agama samawi dan menghalang orang lain kepadanya, maka negeri ini mesti dihormati dan dipelihara, malah mesti dipertahankannya.

Semua orang tahu bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang hidup di bawah pemerintahannya semua penganut agama samawi dan kepercayaan, tanpa memaksa mereka dalam kepercayaan, ibadah dan hal ehwal mereka yang khusus. Malah orang yang bertindak kejam ke atas mereka, kepercayaan, peribadatan, harta benda, nyawa dan maruah mereka akan dihukum dengan azab yang pedih, kerana mereka berada di bawah perlindungan Allah SWT itu yang merupakan jaminan tertinggi yang pernah dikenali oleh umat manusia.

Isra’ mengandungi amaran terhadap percubaan untuk mengenakan kawalan dan campurtangan:

Di samping berita baik tentang kesedaran dan kebangkitan daripada orang-orang Arab-Islam, dan munculnya angin kemerdekaan, dan terbitnya fajar baru bagi umat, ia juga menimbulkan kehairanan kepada pihak berkepentingan di Barat dan Timur, dan berfikir dengan penuh kekaguman: Bagaimana mereka boleh terus menjaga rantau ini secara umumnya dan Timur Tengah khasnya hinggalah mereka tidak mampu lagi melaksanakannya? Apakah yang mereka lakukan untuk menjaga pergantungan kepada mereka dan bersedia melaksanakan perintah mereka? Apakah langkah untuk menjadikan negara ini sebagai sumber strategik berterusan seperti bahan-bahan mentah, tenaga dan pasaran untuk produk-produk?

Sebaliknya, mereka berfikir dan konspirasi mereka berterusan siang dan malam; untuk melenyapkan revolusi-revolusi umat yang diberkati supaya tidak membuahkan hasil kepada rakyat seperti kemuliaan, kebebasan, ketinggian dan kebangkitan. Mereka menggunakan segala muslihat mereka, dan mengerahkan seluruh kebolehan dan potensi mereka, dan menyediakan semua godaan harta dan lain-lain, untuk menarik apa yang mereka dapat dari unsur-unsur umat yang agung ini untuk menjadi semboyan untuk mereka, kerja mereka berdasarkan pihak mereka, dan menyiarkan pendapat mereka, dan menggalakkan kepalsuan mereka, dan membangkitkan perasaan takut dalam hati orang-orang yang mengajak kepada kemerdekaan penuh dan keluar daripada pergantungan kepada orang lain, penolakan terhadap mana-mana campurtangan timur atau barat.

Kehidupan kita yang mulia tidak akan tercapai melainkan dengan menyahut seruan Allah kepada kita, dan kebaikan dan kebahagiaan kita hanya diperolehi dengan mengikut Rasulullah saw. Firman Allah SWT (bermaksud)

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurn.” (Al-Anfal: 24),

Dengan itu akan tercapai keadilan dan kepentingan umat manusia seluruhnya.

Wahai kaum kami: kami adalah sebahagian anda dan bersama anda  dan kami tidak akan rela anda dalam kehinaan selamanya:

Ikhwan Muslimin telah menjadikan matlamat mereka sangat jelas dalam slogan ini: "Allah matlamat kami".

Mereka tidak pernah walau dalam sehari sejak penubuhannya hingga sekarang inginkan apa-apa kepentingan atau menjadi opportunis. Ini kerana, kita adalah sebahagian daripada komponen umat ini, dan kita berhasrat untuk bangkit bersama warga-warga mereka, dan kita sedang bekerja untuk meningkatkannya.

Kita merasa hairan pelbagai media, termasuk akhbar-akhbar, saluran satelit dan majalah telah berubah untuk menyerang kita dengan berita yang tidak betul dan mencemuhnya, menyampaikan maklumat secara palsu, dusta dan fitnah, namun semua itu tidak akan menjejaskan kita, Insya-Allah, tidak akan menghentikan perjalan kita.

Bagi kita pada diri Rasulullah saw terdapat contoh yang baik tentang kesabaran yang unggul dalam menanggung penderitaan dari kaumnya dan apa yang menimpa baginda sebelum perjalanan Isra’ yang mencapai tahap maksimum dalam pengepungan, dan kembali dari Taif selepas dibaling batu oleh anak-anak yang lemah akal, sehingga mengalir darah dari kaki baginda yang mulia, dan Allah telah menghidangkan kuasa-kuasa langit dan bumi kepadanya untuk mempertahankannya. Namun Rasulullah saw hanya berdoa (bermaksud): 

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka golongan yang tidak mengetahui." 

Kita menyeru semua umat Islam supaya berpegang teguh dengan nilai-nilai dan akhlak yang dikenakan oleh semua agama samawi. Kita menyeru semua penyokong reformasi di Mesir supaya bekerjasama dalam membina dan membangunkannya, memelihara pencapaian revolusi, mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi, menghiasi diri dengan kejujuran dan kredibiliti dalam semua yang kita seru .. mendahulukan perbuatan dari perkataan kita.. kita menghormati pilihan rakyat .. tiada sesiapa atau kumpulan yang berhak untuk mengenakan kawalan terhadap rakyat yang hebat ini .. ,di antaranya dengan menyangka bahawa rakyat ini tidak hebat, atau tidak memahami kepentingannya atau lain-lainnya .. Semua orang mesti mengekalkan kehormatan orang lain.

Sebagai permulaann ialah menahan lidah dan pena dari sebarang kecaman dan serangan yang berupa sangkaan dan ilusi .. kadang-kadang ucapan yang keluar adalah kata-kata yang merosakkan, Jika dia mahu menarik balik, dia sudah tidak boleh. Sebuah hadith nabi saw tentang peristiwa Isra’:

".. bahawa Rasulullah saw menyatakan tentang seekor lembu jantan yang besar keluar dari sebuah lubang sempit, namun lembu jantan tidak dapat memasuki semula ke dalam lubang itu. Nabi saw bertanya: “Apakah ini, wahai Jibril”. Jibril berkata: “Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat., "




Sabda nabi saw (bermaksud):

“Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A).

Nasihat saya kepada Ikhwan Muslimin:

Wahai Ikhwan Muslimin lelaki dan wanita, tua dan muda: Ikhlaskanlah niat anda kepada Allah, dan buktikanlah kejujuran anda dengan Allah dalam jihad anda, dan ikutlah sesuatu amalan dengan amalan yang lain, bersama dengan orang-orang yang ikhlas dari semua lapisan masyarakat dalam perkara kebaikan yang kita sepakati untuk berkhidmat di negeri yang baik ini dan rakyat yang bergelora dalam semua bidang.

Ketahuilah bahawa Allah melihat anda dan mengira setiap perbuatan anda, dan tidak akan menyia-nyiakan amalan anda dan bersyukurlah atas kebaikan yang telah Allah berikan kepada  anda beruapa amalan, dan yakinilah tentang ketinggian dakwah anda, kemuliaan tujuan anda, dan sokongan Allah kepada anda, dan eratkanlah ikatan persaudaraan anda, dan pastikan anda dalam ketaatan dan keteguhan. Semua itu adalah terkandung dalam rukun Baiah anda.

Berhati-hatilah dari pertengkaran dan perdebatan kerana ianya adalah punca perpecahan, dan jalan kegagalan, kerana "Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat." Bersabarlah di atas penyiksaan yang dilakukan orang lain yang ditujukan kepada anda. Ketahuilah, bahawa kesudahan yang baik bagi mereka yang memberi nasihat, jujur, ikhlas dan semata-mata kerana Allah. Firman Allah SWT (bermaksud): 

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-Taubah: 105).

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarganya dan para sahabatnya
Allah Maha besar .. dan pujian hanya bagi Allah

isnin, 2 syaaban 1432


assalamualaikum sahabat
dengan nama Allah..


kau yang membuat ku buntu
membuat ku tak tentu
terus memikirkan mu
walau tiada jalan ku

di atas adalah sebuah rangkap lagu 'biar hati mencinta'. salah satu OST dalam drama bersiri Nora Elena. best cerita tu. hehe

dengar rangkap lagu diatas, tiba-tiba saja teringat sebuah risalah hassan al banna iaitu 'bagaimana dakwah menghantui hidup anda' beberapa bulan yang lepas dalam daurah yang disampaikan oleh usta haris bin bain. masa itu ust haris dalam lawatan ke sini.

tentang risalah tersebut, menceritakan bagaimana dakwah boleh menghantui kehidupan seorang pendakwah. 
dakwah yang berat yang selalu membuat pembawanya buntu,
membuat pembawanya tidak tentu dan sering memikirkan tentang dakwah tersebut.
dan itu lah dakwah islamiyyah. mengajak orang kepada islam bukan mudah.

fikir-fikir semula, "ada ke orang yang semacam itu?"

maksud saya, orang yang dihantui oleh dakwah hingga membuat diri sentiasa memikirkan tentang sahabat-sahabat seislam melebihi dirinya sendiri.
hurm...

saya sebenarnya bukan mahu bercerita pasal diatas. yang diatas itu sekadar cetusan hati saja. 
baik, sebenarnya saya nak berkongsi sesuatu yang buat saya terfikir dan terkeluar daripada mulut saya.. 

"betol jugak.."

suatu petang, ahli bait saya ajak saya keluar berjumpa seorang ikhwah disebuah restoran yang bernama Moment. 
saya minta sahabat saya itu pergi dahulu sebab saya ada kerja yang perlu disettlekan.
lagipum, saya bukannya tidak tahu Moment tu di mana. 
selepas setengah jam, saya pun mengambil teksi menuju ke sana.

"assamualaikum ya ustaz, syarie said urayyib fatahallah mumkin?"

pemamdu teksi itu mengangukkan kepalanya tanda dia setuju untuk bawa saya ke tempat yang saya ingini.
sampai saja disana, saya pun mencari ahli bait saya dan mereka sedang rancak berbual dengan ikhwah yang ahli bait saya maksudkan tadi.
mereka rancak berbual pasal medic perubatan, dakwah dan sebagainya.
sampai satu topik, bercerita tentang behavior seorang musuh. 

"musuh islam yang memusuhi islam pasti akan buat apa saja demi menjatuhkan islam. jadi, jangan terpedaya dengan setiap kelakuannya. dan kalau kita dah tau sesorang itu macam mana dengan islam, kita mesti tau cara nak negotiate dengan dia", kata akh tersebut. 

"tapi bukan ke kita kene sentiasa bersangka baik ke akhi?"
tanya saya dengan penuh jahil.

"hakim, seorang individu muslim itu sangat lurus, tapi tidak bendol
"musuh sentiasa merancang tentang rancangan untuk menjatuhkan terapi muslim fikirannya sentiasa bersih dan terlalu bersangka baik. muslim sekarang terlalu baik hinggakan dengan musuh pun nak bersangka baik"

terpukul saya dengan kata-kata beliau. 
dalam hati.. "betol jugak.."

muslim sekarang terlalu baik. ya betol, seorang muslim itu mesti lurus tapi tidak bermakna lurus bendol. seorang muslim sebenarnya perlu tahu akan perancangan musuh islam ataupun setidak-tidaknya kenal musuh islam.
bukan menganggap baik itu baik, dan yang buruk itu buruk 
tanpa memikirkan sesuatu disebaliknya.
muslim perlu licik disamping lurus dalam berpegang dengan syariah islamiyyah.

ada saja contoh-contoh dalam kisah nabi kita dalam sejarahnya menyebarkan islam dahulu.

sahabat nabi abu ubaidah al jarrah. kenal ke?
ataupun ibnu abbas.
antara sahabat nabi yang sangat teguh berpegang dengan islam dan sangat licik dalam berdepan dengan musuh-musuh islam.
kalau meraka hanya hebat beribadah dan hebat dalam membahaskan tentang islam sahaja tetapi tidak licik, 
mungkinkah abu ubaidah membuka parsi?
bagainama pulak ibnu abbas dan abu ubaidah boleh tergolong antara 4 orang yang dihantar sebagai tentera tambahan oleh umar sewaktu amru bin asr meminta umar tentera tambahan seramai 4 ribu orang untuk merampas mesir daripada rome?

"amirul mukminin, saya minta 4000 orang tentera tambahan bukannya 4 orang ini"
kata amru

umar membalas "tidakkah kamu tahu 4 orang ini bersamaan dengan 4000 orang?"

kalau tiada individu-individu seperti meraka, bolehkan islam sampai kepada kita hingga ia menjadikan nama-mana kebanyakan daripda kita muhammad, ahmad dan fatimah?

itu lah individu muslim yang islam perlukan dan yang perlu untuk kita jadi seperti itu jika mahi melihat islam kembali menjadi 'world order'.
muslim itu lurus tetapi tidak bendol.

maaf salah silap 
dan tegur jika tersalah.


hakim.muslim.ikhwan



isnin, 18 rejab 1432


assalamualaikum,,
dengan nama Allah,,



Risalah daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

9 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebenaran hingga ke hari kiamat .. Adapun  selepasnya;


5 Jun 2011 genap 44 tahun Nakbah (bencana) yang terjadi pada 5 Jun 1967. Nakbah merupakan satu tragedi yang telah mengubah landskap kehidupan bangsa Arab. Suatu  bencana besar yang membingungkan, satu malapetaka yang sukar dipercayai boleh terjadi. Mereka yang memainkan peranan dalam mencetuskan Nakbah cuba membalikkan fakta dengan mengatakan Nakbah itu sebagai suatu langkah (taktikal) undur ke belakang, suatu kerugian bagi sebuah pertempuran sahaja, bukan kerugian dalam peperangan secara keseluruhan, dan bermacam-macam alasan untuk mengaburi mata kita tentang bencana Nakbah. 

Namun semua alasan itu langsung tidak masuk akal dan tidak boleh diterima di bumi Arab. Sesungguhnya ia adalah suatu peperangan yang cukup hina dan memalukan, peperangan yang telah meruntuhkan maruah bangsa Arab generasi demi generasi, dalam bentuk yang amat sukar dipadamkan dari lembaran sejarah

Tapi  kesan  yang lebih menyakitkan daripada kekalahan ini ialah timbulnya ‘jaguh’ kekalahan dari kalangan ahli politik, wartawan, penipu dan munafik dengan mengatakan ianya adalah kemenangan dan bukan kekalahan, kerana tujuan pencerobohan "Israel" adalah penghapusan pertubuhan-pertubuhan revolusioner progresif Arab, di mana ia gagal melakukannya dan pertubuhan itu tetap kekal. Oleh itu apa yang terjadi pada 5 Jun adalah satu kemenangan, bukan kekalahan. Bukankah kenyataan ini merupakan  suatu penipuan dan kemunafikan?.


Di sana terdapat beberapa faktor kukuh yang menjadi punca terjadinya Nakbah, faktor yang hampir sama dengan setiap bencana yang berlaku di manapun jua. Kezaliman, kediktatoran, kuku besi, autokrasi, tiada jaminan kebebasan dan penghinan terhadap kemanusiaan insan, itulah yang menjadi punca kepada setiap kerosakan, kemunduran, bencana dan malapetaka sesuatu bangsa dan sesebuah Negara. Semua situasi yang disebutkan di atas atau sebahagiannya menyebabkan perasaan takut, bermuka-muka, sikap negatif tumbuh subur di kalangan rakyat, dan bilangan mereka adalah ramai. Mereka mencari kesempatan mengampu dan bermuka-muka dengan pelbagai cara di mana ada peluang demi kepentingan diri sendiri.

Para diktator tidak berfikir melainkan untuk mempertahankan kuasa mereka dan terus memerintah rakyat selamanya - kalau boleh – sekalipun terpaksa membawa kepada pertumpahan darah, menghilangkan kehormatan dan hartabenda. Segala kepincangan, ketidakadilan dan kesalahan tidak akan terdedah melainkan selepas negara dalam cengkaman penjajahan, atau kerosakan dan kerugian dengan cara yang lain daripada penjajahan.

Ketika rampasan kuasa pada Julai 1952 telah diangkat slogan-slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan, kemudian tercetus usaha menghancurkan kebebasan dan pembunuhan demokrasi. Manakala keadilan dihumban ke dalam lipatan sejarah.

Justeru, dengan nama revolusi, Mesir diperintah oleh individu, hak rakyat dalam semua aspek; keselamatan diri, kehormatan, maruah hatta nyawa diperkotak-katikkan.  Dan jadilah negara berada di bawah cengkaman pegawai perisik yang menghancurkan kepercayaan manusia dengan saudara, ibu dan ayah, dan mendatangkan malapetaka di bumi dan menumbuhkan bermacam korupsi. Kita pernah mendengar ungkapan: "Angkat kepala anda wahai saudaraku kerana telah berlalu zaman kezaliman" dikumandang, namun ketika beberapa orang telah mengangkat kepala mereka kerana menyangka ia diungkapkan dengan niat  yang baik, tiba-tiba kepala mereka terguling dan mulut-mulut terjerut. Mesir berubah menjadi sebuah penjara besar.

Ikhwan Muslimin ketika pertama kali diuji oleh api penindasan dan kezaliman, mereka telah di penjara dan dimasukkan ke dalam pusat-pusat tahanan, dan mereka terdedah kepada penyiksaan dan layanan buruk, namun Allah tetap bertindak membalas orang yang zalim.

Justeru, selepas semua layanan buruk dan penyiksaan terhadap Ikhwan, maka hukuman Ilahi sangat menyeluruh dan umum.  Selepas Ikhwan ditangkap beramai-ramai pada tahun 54, Mesir menerima kekalahan pada tahun 56. Dan selepas Ikhwan ditangkap sekali lagi pada tahun 65, Mesir menerima padah kekalahan teruk pada tahun 67. Pada zaman Mubarak, Ikhwan terus berhadapan dengan penangkapan, penjara, penghakiman di mahakamah tentera dan pelbagai kezaliman. Maka akibatnya rejim Mubarak tersungkur dari akar umbinya selepas revolusi yang diberkati pada 25 Januari 2011.

 Justeru, dengan kehendak dan izin Allah telah mengembalikan Ikhwan dan melancarkan ibupejabat baru mereka di atas Jabal Mokattam yang merupakan puncak tertinggi yang menjadi tempat pengkebumiaan para syuahada’ yang meninggal dunia di penjara tentera.

Namun Allah menolak usaha jahat rejim dengan mengangkat tempat mereka di tempat yang sama, Allah swt berfirman (bermaksud): 

“Bukankah kami Telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu kami iringkan (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah kami berbuat terhadap orang-orang yang berdosa”. (Al-Mursalat: 16-18)

Inilah fajar yang tetap menyingsing jua.. dan tercetus dari kebangkitan bangsa-bangsa Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yemen, Syria dan ...... Inilah masa kehancuran korupsi dan kezaliman ketika berdepan dengan gelombang rakyat yang inginkan kebebasan dan keadilan. Inilah pewaris-pewaris Fir’aun dan para diktator  yang jatuh seperti boneka di hadapan gelombang rakyat  yang bangun dari tidur di siang hari.

 Inilah kita lihat hasil daripada revolusi Mesir yang diberkati, kita dapati puak-puak di Palestin telah berdamai, saf kembali bersatu setelah penyatuannya dihalang oleh penguasa yang zalim. Dan sempadan Rafah telah dibuka dengan sempurna untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Sesungguhnya dasar baru kini dibina atas kepentingan negara dan rakyat, bukan sebaliknya.  Amerika, "Israel" dan lain-lain Negara tidak boleh menentukan atau mengendalikan keputusan kami selepas hari ini.

Kemenangan akan datang dengan izin Allah, tidak mustahil dan tiada keraguan tentangnya. Kembalinya Palestin, Baitul Maqdis, Bukit Golan dan semua wilayah yang diduduki Israel bukan satu khayalan lagi tetapi suatu  saat yang sangat hampir selepas rakyat sedar dan tahu jalannya.

Sesungguhnya telah berakhir zaman keangkuhan “Israel” dan timbul keraguan di pihak “Israel” tentang kelangsungan dan jangka hayat mereka. Bulan Rejab sekarang merupakan era revolusi yang membawa bersamanaya berita gembira surah Al-Isra’. Berakhirnya zaman kekalahan dengan berakhir  zaman kezaliman dan penindasan, zaman para diktator dan pemimpin zalim dan rakyat pula mengambil alih teraju kuasa. Tidak akan kembali semula kepada kekalahan selepas hari ini kerana kemenangan pasti akan datang  dengan izin Allah.

Firman Allah swt (bermaksud):

“berkata: "Bilakah itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (Al-Isra’: 51)

“Allah Telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Mujadalah: 21)


Blogger Template by Blogcrowds