.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

27 jamadil awal 1433, rabu


assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang dirindui kerana Allah.
apa khabar iman dan amal? moga sentiasa dalam redha Allah sementara iman dan amal meningkat dengan banyaknya! inshaAllah.


Semalam, 17 april 2012 adalah antara hari istemewa buat saya. Kenapa? kerana ia adalah hari lahir seorang sahabat saya. dan inshaAllah juga bakal seorang ikhwah yang turut sama-sama dalam memperjuangkan islam di jalan tarbiyyah dan dakwah ini.


hurm, siapakah?
beliau adalah Taqiuddin bin Nik Mazlan.
Alhamdulillah, semalam cukuplah 19 tahun umur beliau. InsyaAllah, bakal seorang dokter muslim dan mukmin juga seorang mujahid.
kan taqi kan?? =)


owh ya, semalam abang akim ada terjumpa satu puisi yang best lah. tentang satu firman Allah,
firman persaudaraan... special to ikhwati, taqi.. (opss.. bukan Firman tuh!)


ketika aku baca firmanNya, sesungguhnya mukmin itu bersaudara,
aku tahu ukhuwah tidak perlu diperjuangkan,
tidak perlu kerana ia adalah akibat daripada iman,


aku teringat pertemuan pertama kita,
dalam sedetik sahaja aku telah merasai perkenalan, bahkan kesepakatan,
itulah roh-roh kita yang saling menyapa dan berpeluk mesra,
dengan iman yang menyala mereka telah muafakat,
meskipun masih belum menyebut nama dan tangan belumpun berjabat,


ya.. aku baca lagi firman Nya, sungguh setiap mukmin itu bersaudara,
aku makin tahu bahawa persaudaraan itu tidak perlu diperjuangkan,
kerana saat ikatan kita lemah, 
saat keakraban kita merapuh, 
saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan terasa siksaan, 
saat pemberian bagai bara api, 
saat kebaikan justeru melukai,
aku tahu yang rombeng bukannya ukhuwah kita,
tetapi iman kita yang sedang sakit, atau menjerit, ataupun kedua-duanya sekali,
dan engkau slalu saja sering menjaga iman mu, 
sedang iman aku lah yang sering compang-camping..


ku baca lagi firman persaudaraan itu dan aku makin tahu,
mengapa dikala lain diancamkan para kekasih pada hari itu,
sebahagian menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
kecuali orang-orang yang BERTAQWA...


okey,
1st of all, abang akim nak minta maaf sebab tak dapat datang malam semalam tu. ntah macam mana boleh tertido pulak. huh
ke-2, moga setiap umur taqi dirahmati Allah
seterusnya, baki umur yang masih ada tidak disia-siakan begitu saja, terus berusaha untuk menjadi hamba Allah dan seorang yang berguna untuk islam.
abang akim harap taqi terus thabat dalam jalan menuju Allah ini dan berjaya dunia akhirat.


owh ya, di kesempatan ini juga, abang akim minta maaf selama beberapa bulan abang akim jadi naqib untuk usrah kita, abang akim tidak mampu untuk jadi yang terbaik dalam memdidik dan melaksanakan tanggungjawab murabbi ini.
apapun, mana-mana yang baik itu boleh dijadikan teladan dan yang buruk itu buang saja di sungai nil, biar ia hanyut bersama bersama-sama jahiliyyah yang masih terus berada dalam setiap amal yang merosakkan akhlak.
yang mana kita sendiri tahu bagaimana jahiliyyah ini sedang dibangga-banggakan oleh kebanyakan manusia hari ini dan ia ibarat satu akhlak yang mulia 
hinggakan terhapus akhlak islam yang ratusan malah ribuan tahun dahulu menjadi darah daging sebuah ummah yang digelar muslim!
akhirnya, benarlah kata-kata rasulullah yang sering kita rindui,

"islam itu datangnya asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang2 yang asing"


jangan malu atau takut untuk menjadi asing sahabatku. jika kita teruk dipulau atau sebagainya, fikir-fikirkanlah perjuangan rasulullah dan sahabat-sahabat suatu ketika dahulu semata-mata untuk sebarkan islam hingga ia sampai kepada kita.


akhir kalam, maaf kalo entry ini terlalu panjang dan membosankan.
abang akim sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni..
apapun, kenangilah kenangan-kenangan yang telah kita pernah bina dan terima kasih kerana sudi jadi anak usrah yang baik dan terima kasih sudi bantu abang akim dalam banyak hal.. =)
ukhuwah fillah wa hazihil ukhuwah asas li i'zzati islam.
inshaAllah.


usrah di taman otw ke istad
epy, taqi(terlindung), nabil, abang akim, ahnaf, ismail, amsyar

taqi dan epy

mujahid muda di pantai dumyad

































Blogger Template by Blogcrowds