.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

isnin, 18 rejab 1432


assalamualaikum,,
dengan nama Allah,,



Risalah daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

9 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebenaran hingga ke hari kiamat .. Adapun  selepasnya;


5 Jun 2011 genap 44 tahun Nakbah (bencana) yang terjadi pada 5 Jun 1967. Nakbah merupakan satu tragedi yang telah mengubah landskap kehidupan bangsa Arab. Suatu  bencana besar yang membingungkan, satu malapetaka yang sukar dipercayai boleh terjadi. Mereka yang memainkan peranan dalam mencetuskan Nakbah cuba membalikkan fakta dengan mengatakan Nakbah itu sebagai suatu langkah (taktikal) undur ke belakang, suatu kerugian bagi sebuah pertempuran sahaja, bukan kerugian dalam peperangan secara keseluruhan, dan bermacam-macam alasan untuk mengaburi mata kita tentang bencana Nakbah. 

Namun semua alasan itu langsung tidak masuk akal dan tidak boleh diterima di bumi Arab. Sesungguhnya ia adalah suatu peperangan yang cukup hina dan memalukan, peperangan yang telah meruntuhkan maruah bangsa Arab generasi demi generasi, dalam bentuk yang amat sukar dipadamkan dari lembaran sejarah

Tapi  kesan  yang lebih menyakitkan daripada kekalahan ini ialah timbulnya ‘jaguh’ kekalahan dari kalangan ahli politik, wartawan, penipu dan munafik dengan mengatakan ianya adalah kemenangan dan bukan kekalahan, kerana tujuan pencerobohan "Israel" adalah penghapusan pertubuhan-pertubuhan revolusioner progresif Arab, di mana ia gagal melakukannya dan pertubuhan itu tetap kekal. Oleh itu apa yang terjadi pada 5 Jun adalah satu kemenangan, bukan kekalahan. Bukankah kenyataan ini merupakan  suatu penipuan dan kemunafikan?.


Di sana terdapat beberapa faktor kukuh yang menjadi punca terjadinya Nakbah, faktor yang hampir sama dengan setiap bencana yang berlaku di manapun jua. Kezaliman, kediktatoran, kuku besi, autokrasi, tiada jaminan kebebasan dan penghinan terhadap kemanusiaan insan, itulah yang menjadi punca kepada setiap kerosakan, kemunduran, bencana dan malapetaka sesuatu bangsa dan sesebuah Negara. Semua situasi yang disebutkan di atas atau sebahagiannya menyebabkan perasaan takut, bermuka-muka, sikap negatif tumbuh subur di kalangan rakyat, dan bilangan mereka adalah ramai. Mereka mencari kesempatan mengampu dan bermuka-muka dengan pelbagai cara di mana ada peluang demi kepentingan diri sendiri.

Para diktator tidak berfikir melainkan untuk mempertahankan kuasa mereka dan terus memerintah rakyat selamanya - kalau boleh – sekalipun terpaksa membawa kepada pertumpahan darah, menghilangkan kehormatan dan hartabenda. Segala kepincangan, ketidakadilan dan kesalahan tidak akan terdedah melainkan selepas negara dalam cengkaman penjajahan, atau kerosakan dan kerugian dengan cara yang lain daripada penjajahan.

Ketika rampasan kuasa pada Julai 1952 telah diangkat slogan-slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan, kemudian tercetus usaha menghancurkan kebebasan dan pembunuhan demokrasi. Manakala keadilan dihumban ke dalam lipatan sejarah.

Justeru, dengan nama revolusi, Mesir diperintah oleh individu, hak rakyat dalam semua aspek; keselamatan diri, kehormatan, maruah hatta nyawa diperkotak-katikkan.  Dan jadilah negara berada di bawah cengkaman pegawai perisik yang menghancurkan kepercayaan manusia dengan saudara, ibu dan ayah, dan mendatangkan malapetaka di bumi dan menumbuhkan bermacam korupsi. Kita pernah mendengar ungkapan: "Angkat kepala anda wahai saudaraku kerana telah berlalu zaman kezaliman" dikumandang, namun ketika beberapa orang telah mengangkat kepala mereka kerana menyangka ia diungkapkan dengan niat  yang baik, tiba-tiba kepala mereka terguling dan mulut-mulut terjerut. Mesir berubah menjadi sebuah penjara besar.

Ikhwan Muslimin ketika pertama kali diuji oleh api penindasan dan kezaliman, mereka telah di penjara dan dimasukkan ke dalam pusat-pusat tahanan, dan mereka terdedah kepada penyiksaan dan layanan buruk, namun Allah tetap bertindak membalas orang yang zalim.

Justeru, selepas semua layanan buruk dan penyiksaan terhadap Ikhwan, maka hukuman Ilahi sangat menyeluruh dan umum.  Selepas Ikhwan ditangkap beramai-ramai pada tahun 54, Mesir menerima kekalahan pada tahun 56. Dan selepas Ikhwan ditangkap sekali lagi pada tahun 65, Mesir menerima padah kekalahan teruk pada tahun 67. Pada zaman Mubarak, Ikhwan terus berhadapan dengan penangkapan, penjara, penghakiman di mahakamah tentera dan pelbagai kezaliman. Maka akibatnya rejim Mubarak tersungkur dari akar umbinya selepas revolusi yang diberkati pada 25 Januari 2011.

 Justeru, dengan kehendak dan izin Allah telah mengembalikan Ikhwan dan melancarkan ibupejabat baru mereka di atas Jabal Mokattam yang merupakan puncak tertinggi yang menjadi tempat pengkebumiaan para syuahada’ yang meninggal dunia di penjara tentera.

Namun Allah menolak usaha jahat rejim dengan mengangkat tempat mereka di tempat yang sama, Allah swt berfirman (bermaksud): 

“Bukankah kami Telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu kami iringkan (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah kami berbuat terhadap orang-orang yang berdosa”. (Al-Mursalat: 16-18)

Inilah fajar yang tetap menyingsing jua.. dan tercetus dari kebangkitan bangsa-bangsa Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yemen, Syria dan ...... Inilah masa kehancuran korupsi dan kezaliman ketika berdepan dengan gelombang rakyat yang inginkan kebebasan dan keadilan. Inilah pewaris-pewaris Fir’aun dan para diktator  yang jatuh seperti boneka di hadapan gelombang rakyat  yang bangun dari tidur di siang hari.

 Inilah kita lihat hasil daripada revolusi Mesir yang diberkati, kita dapati puak-puak di Palestin telah berdamai, saf kembali bersatu setelah penyatuannya dihalang oleh penguasa yang zalim. Dan sempadan Rafah telah dibuka dengan sempurna untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Sesungguhnya dasar baru kini dibina atas kepentingan negara dan rakyat, bukan sebaliknya.  Amerika, "Israel" dan lain-lain Negara tidak boleh menentukan atau mengendalikan keputusan kami selepas hari ini.

Kemenangan akan datang dengan izin Allah, tidak mustahil dan tiada keraguan tentangnya. Kembalinya Palestin, Baitul Maqdis, Bukit Golan dan semua wilayah yang diduduki Israel bukan satu khayalan lagi tetapi suatu  saat yang sangat hampir selepas rakyat sedar dan tahu jalannya.

Sesungguhnya telah berakhir zaman keangkuhan “Israel” dan timbul keraguan di pihak “Israel” tentang kelangsungan dan jangka hayat mereka. Bulan Rejab sekarang merupakan era revolusi yang membawa bersamanaya berita gembira surah Al-Isra’. Berakhirnya zaman kekalahan dengan berakhir  zaman kezaliman dan penindasan, zaman para diktator dan pemimpin zalim dan rakyat pula mengambil alih teraju kuasa. Tidak akan kembali semula kepada kekalahan selepas hari ini kerana kemenangan pasti akan datang  dengan izin Allah.

Firman Allah swt (bermaksud):

“berkata: "Bilakah itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (Al-Isra’: 51)

“Allah Telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Mujadalah: 21)


ahad, 17 rejab 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat
dengan nama Allah..


erm,, 
alhamdulillah tepat pukuk 11.00 pagi tadi maka habis lah exam psychology.
namun tadi ramai yang keluar awal sebab mungkin mereka sudah siap dan telah yakin dengan jawapan-jawapan yang mereka jawab.
saya pula adalah yang terakhir menghantar kertas jawapan saya kira sebab apabila melihat kiri, kanan, depan, belakang dan setiap penjuru, semuanya dah hantar dah.
sengaja nak hantar on time sebab......


baiklah, 
muhasabah imtihan, macam tidak best je. apa-apa lah. 
saya minta maaf, saya menaip mengikut apa yang terlintas dalam kepala.
inshaAllah..


baiklah 2,
imtihan atau exam ataupun peperiksaan,
selalu buat saya resah
selalu buat saya gelisah 
dan yang paling penting peperiksaan selalu buat kita semua semakin rapat dengan Allah
betul tidak??
sebelum peperiksaan, kita berubah daripada tidak salat kepada solat
solat dirumah beralih ke masjid
solat sendiri-sendiri kepada solat berjemaah
and that is good!!


baiklah 3,
erm,,
ini kisah saya dan rasanya tidak salah kalau saya nak berkongsi cerita
tadi masa exam psychology saya selalu termenung. sampai makcik yang jaga pn tegur saya


"enta bita'mal eih?? holastu?"


"laisa ya ammah", jawab saya terkejut.


lepas beberapa minit izz pun keluar, lepas tu ramai la keluar.
saya sebenarnya termenung terfikir.
hebatnya mereka dapat jawab sedang aku...
fikiran terus melayang-layang,,


"aku dah solat sunat, baca qur'an, doa,
kenapa tidak boleh nak jawab sebaik mereka?"


"mungkin aku juga banyak buat maksiat, langgar perintah Allah dan tinggal apa yang disuruhNya".


dua perkara yang tidak boleh berlaku serentak


"cintakan Allah dan melakukan apa yang dibenciNya"


"dunia itu musuh Allah sedang kamu mencintainya"


tiba-tiba teringat sebuah kisah
sebelum saya berangkat kesini
di sebuah masjid berdekatan rumah saya
seperti kebiasaan lepas magrib saya akan duduk-duduk dimasjid hingga isya
dan malam itu tidak seperti malam-malam kebiasaannya sebabnya 
malam itu saya ditemani oleh seorang pakcik yang dah tua daripada kampung sebelah


"nak, tolong pasangkan kipas tu nak"
minta pakcik tu


"ok2, huh, baru la sejuk sikit"


"nak, mari ke sini nak"
pakcik itu sekali lagi meminta dan saya pun bangun daripda tempat duduk saya dan terus menuju kepada pakcik tadi.


"nak, kamu ni muda lagi, pakcik ni dah tua. apa pendapat kamu tentang dunia?"
tanya pakcik tu.


"erm,, dunia sekarang dah makin teruk pakcik. ramai orang yang dah tidak tahu mana betul dan mana salah"
jawab saya


"betul tu nak, dunia sekarang sudah makin tenat. umur pak cik yang sudah lebih separuh abat ni. sudah macam-macam pak cik lihat, macam-macam perubahan. di sekolah, dulu-dulu, guru dihormati. mak ayah pula percayakan guru-guru. tapi sekarang, anak murid sikit pun tidak boleh disentuh. mak ayah pula terlalu sayangkan anak. anak kene rotan sikit, terus datang sekolah bawak parang. macam mana anak nak pandai?"
luah pak cik tu panjang lebar.


"nak, satu pak cik nak pesan, hidup di dunia belajar sungguh-sungguh. berlakulah adil pada diri kamu. buatlah kebaikan banyak-banyak. buat yang tuhan perintah dan tinggalkan yang tuhan suruh kita tinggalkan. 
jangan kamu buat dua-dua. yang baik kamu buat, yang jahat pun kamu buat.
benda baik dan benda jahat ni macam air dengan minyak. kamu masukkan dalam kuali lepas tu kamu panas kan. 
ape yang akan jadi??"
pakcik tu akhirkan kata-katanya dengan satu persolan.


dan disini juga saya ingin akhiri dengan persolan yang sama.
air dan minyak dimasukkan ke dalam kuali yang sama dan kemudian panaskan diatas dapur gas.
apakah yang akan terjadi?
kalau nak tau, cubalah!!
dan itu lah umpama kebaikan dan kejahatan.
....................................................................................................................................................................


"ya aziz!! kholas.."
pekik makcik yang jaga peperiksaan psychology tadi.


"aiwah ya ammah. kholasni",
jawab saya sambil memberi kertas jawapan padanya.


tepat pukul 11.00 pagi. maka tamatlah peperiksaan psychology yang mana saya perhatikan sayalah yang terakhir menghantarkan kertas jawapan ini sedang yang lain sudah pun meninggalkan tempat peperiksaan.


muhasabah imtihan
jangan berkhayal masa exam!! 


tegur kalau tersalah
dan maaf salah silap.




hakim.muslim.ikhwan











jumaat, 15 rejab 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat..
dengan nama Allah..


inshaAllah hari ini saya nak berkongsikan satu cerita tentang semut. 
erm, cakap pasal semut, ramai yang sudah selalu sangat dengar kisah semut bercakap dengan sulaiman dan sebagainya. surah semut pun ada dalam kitab Allah tu. cuba la semak.


cerita semut yang saya nak cerita ni pun berkisah semut dengan sulaiman juga. saya rasa tidak salah kalau cerita ini diulang-ulang untuk diambil pengajaran daripadanya. 
manusia macam saya ni selalu pelupa. jadi, cam tazkirah la. ye la, peringatan..


ceritanya macam ini, suatu hari nabi sulaiman jalan-jalan untuk meninjau kawasan pemerintahannya. dan tiba lah baginda di sebuah kawasan semut-semut punya rumah.
nabi sulaiman pun tertarik melihat semut-semut ni bekerja. rajin bukan sekali, tapi berkali-kali rajinnya daripada manusia malas macam saya ni. jangan tiru saya. 


melihat seekor semut membawa sebutir gandum. semut dulu kuat-kuat. seekor boleh angkat sebutir gandum. agaknya la..
nabi sulaiman pun tanya pada semut berkenaan,


"semut, nama kamu ape ek??"


semut pun jawab, " saya tidak ada nama la"
(ni tidak terdapat dalam mana-mana buku sirah, penambahan semata-mata)


nabi sulaiman pun tanya lagi,


"erm,, semut, setahun kamu bajet-bajet makanan banyak mane?"


terkejut semut si semut tu mendengar soalan daripada si sulaiman pemerintah kerajaan itu.
terpaksalah si semut tadi membuat kira-kira, ade add math sikit, prinsip akaun dan sebagainya.


setelah beberapa minit semut pn menjawab soalan yang dikira susah itu..


"kalo setahun, seperti tahun-tahun yang lepas, sebutir gandum ni dah cukup dan mungkin terlebih sikit la. tapi dalam setahun saya pasti habiskan sebutir. sebab tahun depan, comform ade la gandum lain di mana-mana kalau saya cari. jadi tidak risau.. =) "


"betol ni sebutir cukup??" tanya nabi sulaiman seakan tidak percaya. pada hal baginta tau, betol la cukup bagi semut tu.


"lorh..betol wahai nabi Allah, saya dah buat kira-kira ni. terperinci pulak tu. betol la. terlebih lagi tu",
yakin semut menjwab. sebab si semut ni dah buat kira-kira add math, probability, chek tahun-tahun sebelum ni. dan satu yang paling penting...........


nabi sulaiman pun apabila sudah dapat jawapan, baginda pun menangkap semut tadi dan diletakkan didalam sebebuah botol. bersama-sama semut itu dengan sebutir gandum lalu dituptup dengan penutup botol. buat lubang sikit untuk udara. nanti mati pulak semut ni.


........................................................
...................................................................... setahun kemudian,


di tempat yang sama, nabi sulaiman kembali menemukan botol yang mana setahun yang lepas baginda letak dalam tu seekor semut tanpa nama dan sebutir gandum.


agak-agaknya apa yang berlaku??


nabi sulaiman pun buka la penutup botol yang telah di tebuk tu dan melihat semut tersebut.
baginda pun terkejut sikit la, tapi tetap 'cool' pada riak muka baginda.
baginda melihat, semut tu masih hidup.
ye la, biasa la tu, udara ada, makana pun ada.
tapi yang menghairankan baginda nabi sulaiman ialah..
mengapa gandum itu tidak habis dimakan oleh semut itu. ada separuh lagi.
baginda pun tanyalah pada semut tu,


"wahai semut, kamu kata tahun lepas, sebutir gandum tu cukup-cukup malah terlebih sikit untuk setahun saja dan kamu kata kamu pasti habiskan sebutir setahun. tapi ni mengapa masih ada separuh?? adakah kamu tipu aku tahun lepas mase aku tanya pada kamu? sila jawab~"


semut itu pun menjawab dengan penuh tenang,
"begini wahai nabi Allah yang Allah bagi kamu mukjizat boleh bercakap dengan kami, semut-semut dan binatang-binatang lain,,
sebelum-sebelum ni, semasa saya bebas diluar sana, untuk setahun, sebutir beras, eh,, gandum ni memang saya habiskan la dan memang cukup-cukup saja. ini kerana diluar sana saya yakin dengan rezeki Allah, saya pasti akan habiskan sebanyak sebutir untuk setahun dan saya sangat yakin, tahun berikutnya pasti ada lagi rezeki yang Allah akan bagi, cukup untuk setahun.
jadi, saya sikit pun tidak risau...


tapi apabila kamu kurung saya dalam balang ni. saya jadi tidak bebas. dan saya dibawah pengawasan kamu. 
jadi, saya tidak boleh la nak sama macam saya bebas dulu untuk bermewah-mewah menghabiskan sebutir gandum yang kamu beri ini.
sebabnya, mana la tahu, kamu terlupa nak datang sini semula untuk buka tutup botol itu dan bebaskan saya, sedang saya dah habiskan bekalan yang kamu beri. pastinya saya akan mati kebukuran.
saya pun makan separuh saja, dan separuh lagi saya simpan sebagai langkah berjaga-jaga,"


panjang lebar jawapan semut itu didengari teliti oleh nabi sulaiman.
baginda sangat kagum dengan semut itu. 
ye la, betapa yakinnya si semut itu pada Allah dan tidak langsung mengharap pada yang selain Allah.
yakinnya semut ini bahawa tugasan rezeki itu adalah milik Allah dan Allah itu maha pemurah.
manakala selain Allah tidak punya hak pun pada rezeki Allah dan mereka itu selalu pelupa.


ya Allah, hebatnya makhluk ciptaan Mu, malu rasanya kalau nak dibandingkan diri hina ni dengan semut tu.
semut tu sangat yakin pada Allah dn hanya mengharap pada Allah, sedang diri ini selalu mengharap selain Allah.
rajin, teliti dan syukurnya semut itu pada segala nikmat yang diberi Allah, sedang diri ini selalu kufur nikmat dan jarang sekali nak bersyukur..
ya Allah, ampunilah kami hambanya selalu alpa dan leka ini.


akhir kata, maaf salah silap.
dan sila beri tunjuk ajar.. (",)


hakim.muslim.ikhwan

rabu, 13 rejab 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat..
dengan nama Allah..



Risalah daripada Dr. Mohammed Badi’ - Mursyid Am Ikhwan Muslimin

2 Jun 2011

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Adapun selepasnya;

Sesungguhnya Islam yang kita seru manusia adalah rahmat Allah kepada seluruh alam dan jalan yang lurus. Dengan Islam manusia akan mengecapi kebahagiaan; di mana Islam melindungi jiwa, harta dan kehormatan, dan semua orang menikmati kebebasan, keadilan dan kesamarataan, dan melimpahkan keamanan dan keselamatan di segenap pelosok bumi; seluruh umat manusia dapat menikmatinya, tanpa diskriminasi antara warna, keturunan atau ideologi, di mana setiap orang adalah sama, untuk mereka apa yang kita miliki, dan mereka adalah milik kita.

Wahai umat Islam .. Wahai dunia seluruhnya

Ikhwan Muslimin masih setia dan jujur tentang apa yang mereka warisi dari Rasulullah saw bersama-sama dengan semua umat Islam. Imam al-Banna rahimahullah telah menyatakan dengan jelas lagi terang tanpa sebarang kekaburan, tidak ada yang tersembunyi di sebalik tipu daya dan kelicikan ahli politik, dan tiada apa yang terselindung di " belakang tabir politik ". Seluruh dunia dapat mendengar kata-katanya:

"Kami akan menyeru para pemimpin yang berada di barisan pertama .. kami menyeru mereka untuk memimpin, kami beritahu mereka: Inilah jalannya .. inilah jalan yang didokong oleh rakyat. Mari kita berjalan di atas keberkatan Allah. Kita adalah satu bangsa yang beradab dengan adab Islam, yang memahami maksud kata-kata Rasulullah saw :

"Ummat saya akan terus dalam kebaikan selagi yang kecil menghormati yang besar, dan yang besar menyayangi yang kecil".

Oleh itu, kami tidak akan mendahului apa yang kalian telah dahului, dan kami tidak akan mencanggahi kalian selagi kalian berada di atas kebenaran, dan kalian telah bersungguh-sungguh sedaya upaya kalian. Seandainya kalian telah lakukan demikian teruskanlah, tetapi jika kalian tidak melakukannya, maka kalian telah meninggalkan amanah, dan diri kalian telah kehilangan makna kepimpinan, dan kita perlu mencari pemimpin yang benar-benar membawa amanah.

Mereka ini tetap ada; Firman Allah swt (bermaksud);

“dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (Muhammad: 38).

Imam Al-Banna turut mengajar kita, agar kita mengatakan kepada semua orang: “Politik bukanlah sekadar suatu pekerjaan yang memerlukan kerajinan, dan bukan mahu merebut habuan apapun, tetapi mereka menguruskan urusan bangsa yang membawa kebaikan kepada umat manusia, dan diredhai Allah ..Politik adalah satu tanggung jawab penuh, bukan sekadar di dalam dewan parlimen, dan bukan kerana takut menjawab persoalan dari ahli parlimen lain, tetapi tanggung jawab di hadapan Tuhan, dan takutkan perhitungan Tuhan, terhadap semua perkara yang besar mahupun kecil. Firman Allah swt (bermaksud):

"Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang Telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Al-Kahfi: 49)

Slogan musuh kita, "Pecah dan Takluk"

Ini merupakan percaturan untuk setiap penjajah perampas, dan semua penakluk perampas; kerana yakin bahawa mereka tidak akan menemui sebuah perhentian yang menjadi sebab kepada mereka untuk membina kesatuan negara, dan kemudian sememangnya konspirasi mereka siang dan malam, adalah memecah belahkan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.

Pada zaman dahulu, seorang tokoh Yahudi Syas bin Qais, melalui sekelompok Aus dan Khazraj yang berhimpun di dalam satu majlis. Lalu timbul kebenciannya terhadap perpaduan dan keakraban yang ia lihat dari mereka, dan hubungan yang baik antara mereka di atas Islam selepas berlaku permusuhan di zaman jahiliah. Beliau mengatakan: “Demi Allah, aduhai celaka kami kerana apabila mereka bertemu kedudukan mereka semakin kukuh”. Lalu beliau menyuruh seorang pemuda Yahudi, ia berkata: “Dekatilah mereka, duduklah dengan mereka dan ungkitlah kembali tentang kisah perang Bu’ath, dan alunkan syair-syair yang pernah mereka perdebatkan”. Lalu pemuda itu melakukannya, Maka akibatnya Aus dan Khazraj menjadi bertengkar dan saling bangga-membangga, sehingga dua lelaki menghunuskan pedang kerana berdebat, sampai ada di kalangan mereka yang menjerit: "senjata senjata”, Lalu berita tersebut sampai kepada Rasulullah saw, Maka dengan segera Rasulullah keluar menuju kepada mereka dan berkata (bermaksud):

"Wahai kaum Muslimin, Allah Allah, Alangkah keterlaluan kalian, adakah kalian mengangkat seruan-seruan jahiliah padahal aku masih berada bersama kalian selepas Allah memimpin kalian kepada Islam dan memuliakan kalian, Allah telah memutuskan perkara jahiliah dari kalian, dan menyelamatkan kalian daripada kekufuran dan menyatukan hati-hati di antara kalian. Adakah kalian akan kembali seperti kalian kafir dahulu".

Justeru mereka menyedari bahawa amalan ini adalah dorongan Iblis dan tipu daya musuh, lalu mereka mencampakkan senjata dari tangan mereka. Mereka menangis dan memeluk orang-orang dari Aus dan Khazraj satu sama lain, kemudian mereka beredar bersama Rasulullah saw dengan patuh dan taat. Dengan demikian Allah telah memadamkan api permusuhan dari musuh Allah. Dalam hal ini Allah mengungkapkan dalam firmanNya (bermaksud):

“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman”. (Al-Imran: 100)

Manakala konspirasi dan tipu daya licik musuh di zaman moden ialah ketika duta besar Perancis, Jeneral Sebastian telah menyerahkan sebuah laporan kepada Napoleon Bonaparte pada 12 Julai 1808 yang merangkumi situasi dalaman dan dasar luar negeri Negara Khilafah Islam Turki pada masa itu, beliau berkata: ".. Bolehkah kita masukkan rancangan memecah-belahkan antara Muslimin? Saya tidak tahu apakah itu mungkin boleh berjaya? ? Tetapi soalan ini selalu bermain di fikiran saya: Apakah mungkin untuk memasukkan permusuhan mazhab antara kaum muslimin? Jika mungkin, ialah dengan cara mencipta konflik dalam agama Islam, maka perampasan tanah yang dikuasai oleh Turki di Eropah menjadi mudah .. "?.

Menurut Theodor Herzl dalam Persidangan Freemason pada tahun 1903: ".. kita mengiktiraf semua agama, dan kemudian kita meletakkan tanda soal, Apabila penganutnya bergoncang, maka kita kembali ”, dan berkata: “Tiada yang kekal, melainkan undang-undang Musa, tetapi jalan pintas ialah kita memasuki agama manusia, dan memelihara Israel di hati kita, untuk mewujudkan perbezaan, doktrin-doktrin dan mazhab, bagi mewujudkan berbilang-bilang jenis, tujuan dan caranya; kerana orang menjaga kambing di tanah mereka, dan kita tidak mungkin memiliki, memakan dagingnya, dan merampas tanah mereka melainkan kita mencetuskan api permusuhan di antara mereka, untuk memudahkan kehancuran di tangan kita "

"Israel" entiti Zionis menduduki simbol perkauman

Allah telah mengingatkan kita tentang konspirasi orang Yahudi dan peranan mereka dalam menyalakan api peperangan, Allah swt berfirman (bermaksud):

“Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan." (Al-Maidah: 64)

Tangan mereka telah menyalakan api dalam sekam, yang tidak kelihatan, dan jauh dari lapangan, Namun api tersebut terus marak sampai ke medan perang iaitu di semua negeri Muslim, yang menyebabkan masing-masing di ancam bahaya, atau adanya usaha-usaha yang menghalang tercapai tujuan mereka.

Perang di Sudan dan pemecahannya tidak lain adalah hasil tangan mereka, konflik dan perang yang terjadi antara dua kumpulan di Palestin juga tidak lain adalah hasil perancangan mereka. Sudah pasti mereka membenci perdamaian yang termetri antara Fatah dan Hamas. Kita berdoa kepada Allah menyempurnakan rahmat iaitu tercapai perdamaian ini ke matlamatnya, dan warga Palestin dapat merealisasikan secara praktikal dari kata-kata Allah (bermaksud): “Allah memadamkannya” dan menamatkan peperangan sesama mereka selama-lamanya, dan berpegang teguh dengan agama Allah dan bersatu dalam menghadapi perampas yang menjajah.

Jalan keselamatan ..Keimanan dan Kesatuan

Wahai Muslimin, Saya tidak yakin bahawa Barat inginkan kebaikan bagi umat Islam.

Saya tidak terfikir bahawa pakatan Zionis Amerika inginkan revolusi kita yang penuh berkat ini mencapai tujuannya, bermula dengan kita menikmati kebebasan di negeri kita, bebas dalam menentukan keputusan kita, dan seterusnya mempunyai kedaulatan atas tanah air kita.

Di sini saya menyeru kepada semua umat Islam bahawa jalan yang akan membawa keselamatan dari konspirasi musuh dan revolusi mencapai tujuannya adalah dirumuskan seperti berikut:

Pertama: Kekuatan iman kepada Allah swt, menyempurnakan pergantungan kepada-Nya, dan memohon sepenuh hati kepada-Nya, meminta sokongan-Nya, dan berharap kepada pertolongan-Nya, dan berbangga dengan kemuliaan Allah yang bersumber dari iman ini:

..padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin”. (al-Munafiqin: 8).

Kedua: Mengukuhkan struktur binaan, menguatkan ikatan dari kelompok kita, dan menguatkan asas, membersihkan hati, memurnikan pendirian, menetapkan makna kesetiaan dan merasai kesucian persaudaraan, dan menyinarkan hati dengan perasaan cinta kepada Allah:

Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."(al-Hujurat: 10).

Ketiga: Menolak perpecahan dan konflik: Umat Islam tidak dapat dikalahkan walaupun hanya dengan bilangan tentera yang sedikit jumlahnya, atau kekurangan peralatannya, dan jumlah tentera musuh yang besar, atau persiapan musuh yang rapi, dan walaupun musuh mengumpulkan orang-orang dari seluruh bumi, tetapi kita akan kalah jika hati kita rosak, dan Allah tidak membaiki amalan kita, atau bercerai berai barisan kita, dan pandangan kita berbeza-beza. Kita hendaklak bertitik tolak dari firman Allah swt (bermaksud):

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” (Al-Imran: 103).

Hal ini diperkuatkan dengan firman Allah swt (bermaksud):

Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Anfal: 46).

Keempat: Bergerak pada perkara yang kita persetujui bersama, dan tinggalkan perkara yang kita tidak setuju untuk sementara: Hukum ini menjadikan kita sebagai satu barisan, dan satu tangan, dan kita dapat mencapai tujuan kita. Saya tidak menyatakan bahawa kami betul ketika kami memutuskan untuk turun ke lapangan pada tarikh 25 Januari dengan tujuan yang disepakati oleh semua orang. Bagi kami ianya adalah pertolongan Allah .. Oleh sebab itu saya menggalakkan semua kumpulan mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan revolusi yang berperanan mengurus sesama mereka, dan kita tidak akan turun ke lapangan kecuali di atas tuntutan yang dipersetujui.

Kelima: Menghormati pendapat majoriti. Ini adalah asas demokrasi. Sekumpulan orang atau sekumpulan ahli fikir janganlah menggambarkan bahawa rakyat lemah dan tidak mampu memahami kepentingan, atau tidak dapat memahami politik. Salah faham ini menunjukkan seolah-olah rakyat belum cukup umur dan belum mumayyiz perlukan ‘wali’, seperti yang dilakukan rejim dahulu.

Kami tetap mengatakan bahawa warga Mesir adalah warga yang hebat, dan bahan mentahnya asli, tidak berubah atas faktor masa, tidak memberi kesan dengan panjangnya cubaan dan mehnah. Tanah yang telah menutupinya atau tanah basah yang telah mengelilinginya, tidak merosakkan keaslian dan kandungannya. Sejarah telah menyaksikan kemajuan dan peradabannya. Mesir kita yang mulia ini tidak membenarkan perampas yang menjajah atau yang datang dekat dengannya, melainkan warganya mempunyai peranan besar dalam menghentikan kepalsuannya dan membalikkan akibatnya .. Benarlah nabi kita yang pernah menyatakan bahawa mereka adalah sebaik-baik tentera di muka bumi dan bahkan mereka adalah sebaik-baik ulamak.

Jelasnya, warga yang mewujudkan revolusi besar ini adalah warga yang hebat yang mempunyai kemahuan dan cita-cita yang besar. Mereka boleh membezakan antara perkara yang memberi manfaat dan yang membahayakan dirinya, dan menyedari di mana kepentingannya, dan tahu bagaimana memelihara revolusi supaya mencapai tujuannya.

Keenam: Disiplin sangat penting bagi kejayaan demokrasi: Demokrasi dapat berjaya dan menuai buah yang baik dan berkat mestilah menjaga Peraturan-Peraturan asas ketika melaksanakannya:
  • Golongan minoriti yang tidak diterima pendapatnya hendaklah menjadi golongan yang paling awal melaksanakan pendapat majoriti
  •  Mereka hendaklah melaksanakannya dengan ikhlas atas kefahaman bahawa itulah pendapat yang wajib diikuti
  •  Mereka hendaklah mempertahankannya sebagaimana yang dipertahankan oleh golongan majoriti
  •  Golongan minoriti tidak berhak untuk membahaskan sesuatu pendapat yang telah selesai sesi perbahasannya, atau menimbulkan kekeliruan pada sesuatu pendapat yang telah diputuskan untuk dilaksanakan/dikuatkuasakan.

Ketujuh: Menahan diri dari berbalas tuduhan ketika perbezaan pendapat merupakan fenomena yang sihat. Setiap orang berhak mempertahankan pendapatnya, dan mengajak kepadanya .. Tiada seorangpun yang disekat akalnya dari berfikir kerana kebebasan berfikir dan memberi pendapat merupakan hak yang dijanjikan untuk semua tanpa membezakan puak antara satu sama lain. Namun dengan pengiktirafan kami ke atas hak ini, kami memberi peluang kepada semua untuk menyatakan pendapatnya sebelum keputusan dibuat, dan tanpa mencemuh pandangan pihak lain. Tidak sepatutnya bagi orang yang merdeka dan berakhlak mulia melemparkan tohmahan kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya .. atau menghina dan meremehkan mereka..

Jadikan slogan semua orang pada tahap kritikal ini ialah seperti firman Allah swt (bermaksud):

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat: 12)

Justeru, Imam al-Banna rahimahullah telah meninggalkan Wasiat kepada Ikhwan Muslimin:

Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan."

Kelapan: Kesabaran adalah antara tuntutan marhalah dan sebaik-baik perkara yang membantu kita untuk menempuhi marhalah ini dengan selamat ialah dengan meneguhkan diri kita dengan sifat sabar dan kesabaran. Ini kerana kerosakan dan korupsi telah bertimbun selama enam dekad, tidak boleh diubah dalam satu bulan atau dua bulan, tetapi mungkin perlu menunggu selama bertahun-tahun. Justeru, kita mulakan langkah pertama di jalan, dan tugas kita adalah untuk terus berjalan. Ianya bukan kerana kepentingan peribadi dan keinginan hawa nafsu dan kita selalu mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan khusus.

Kita pasti bahawa masa adalah sebahagian dari rawatan .. kerana bagi kita kemuliaan itu ialah apabila kita bersepakat, dengan bersabar di atas karenah orang lain. Senjata kita hanya firman Allah swt (bermaksud):

Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. (Al-Imran: 200).

Kesembilan: Berkerja untuk membina kebangkitan kita. Sesungguhnya Mesir kita yang mulia sangat perlu kepada kerjasama antara semua anak bangsa: Muslim dan Kristian, laki-laki dan perempuan, pemuda dan pemudi, untuk pembangunan dan rekonstruksi, yang memerlukan usaha bersepadu, penyusunan kekuatan yang efektif, tenaga kerja, pemikir, menggunakan semua tenaga dan potensi untuk membina bangsa dan membangunkan dari segi agama, akhlak, ekonomi, sosial dan ketenteraan, sehingga kita dibebaskan dalam semua aspek, agar tidak mengaktifkan salah satu yang mengurangkan kebebasan kita, atau merosakkan maruah, kedaulatan di atas tanah air kita dan martabat di negara kita. Firman Allah menjadi prinsip kita dari sekarang (bermaksud):

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan." (At-Taubah: 105)

Kesepuluh: Nasihat saya kepada Ikhwan, jangan takut kepada jumlah besar ‘panah’ yang menuju kepada kalian dari beberapa media yang tidak berhenti dari bercakap tentang kalian, memesongkan kalian, mempersoalkan niat kalian dan sentiasa berusaha untuk memalingkan orang lain dari kalian. Oleh sebab itu janganlah kalian berasa lemah dan bersedih, dan hiasilah diri kalian dengan sabar dan takwa. Firman Allah swt (bermaksud):

Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali-Imran: 120)

Janganlah sibukkan diri kalian untuk membalas mereka dengan kata-kata, dan tumpukan kerja kalian untuk memberikan jawapan yang terbaik, dan jawapan yang muktamad. Firman Allah swt (bermaksud):

dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya." (Yusuf: 21),

dan janganlah kalian memberi mereka peluang untuk bercakap tentang hal yang salah, dan lidah tersasul, kerana orang yang banyak bercakap sedikit kerjanya.

Ketahuilah wahai Ikhwan , Allah melihat hati anda. Oleh itu ikhlaskan niat kalian dan teruskanlah bekerja. Firman Allah swt (bermkasud):

dan Allah pun bersamamu dan dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu”. (Muhammad: 35).




hakim.muslim.ikhwan

isnin, 10 rejab 1432


assalamualaikum sahabat-sahabat.
dengan nama Allah..
sungguh aku menyayangimu kerana Allah. inshaAllah.


sebut pasal keimanan teringat pula sebuah lagu yang bertajuk 'keimanan'
nyanyian seorang penyanyi indonesia, Haris Isa. 
pasal lagu ni juga, tadi pagi mase tengah study untuk final exam anatomy rabu ni, tiba-tiba
ada seorang sahabat saya tanya; ape tajuk lagu kt playlist no2 tu ek? sedap la..
saya pun jawab la seperti diatas...


ok, saya bukan nak bersembang pasal lagu tu, cuma saya tertarik untuk berkongsi sesuatu dengan 
sahabat-sahabat. apakah?
yup!! pasal keimanan..
baik, saya mulakan dengan satu ayat Qur'an. inshaAllah.


"...dan suatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah yang peroleh pahala yang berganda-ganda" 
Ar Rum : 39


Imam Hassan Al Banna sering ditanya tentang sesuatu soalan. Ditanya oleh orang-orang yang meragui akan kemampuan gerakan dakwahnya..
bunyinya lebih kurang macam ni, 


"dari mana kamu semua dapat wang untuk dakwah ini?"
"adakah kamu ade banyak wang untuk menjayakan dakwah dan mengembangkannya, sedangkan sekarang kebanyakan manusia dalam kepayahan. ramai pulak yang ade penyakit tamak dan kedekut taik idung masin"
(lebih kurang macam ni la soalan-soalan yang dilemparkan)


dan semestinya beliau tidak jemu-jemu untuk menjawab dan menjelaskan dengan selembut-lembutnya.


sesungguhnya, seruan agama..
tiangnya iman sebelum harta,
aqidah sebelum barang-barang berharga yang pasti lenyap.
apabila telah ada iman yang tulus dan kukuh, akan wujudlah bersamanya jalan-jalan kejayaan.
dan sesungguhnya pada harta mereka (ikhwan) yang sedikit ini, yang diambil daripada duit sara hidup mereka, berjimat membeli membeli keperluan rumah dan anak-anak, lalu ianya disumbagkan kepada dakwah dengan penuh redha dan berlapang dada dan tenteram jiwa raga.


setiap orang ahli ikhwan bercita-cita kalaulah mereka memiliki lebih banyak daripada itu nescaya mereka akan sumbangkan berganda-ganda lagi demi satu-satunya agama yang diredhai Allah ini. andainyua terdapat dalam kalangan mereka yang tidak ada sesuatu pun untuk disumbangkan, mereka beredar dengan linangan air mata, sedih sebab tidak dapat menyumbang untuk sebuah keredhaan.
pada harta yang sikit tetapi iman yang besar
alhamdulillah ianya menjadi bukit yang nyata bagi kaum yang ikhlas semata-mata kerana Allah,
menjadi tonggak kejayaan bagi mereka yang beralmal dengan
ikhlas.
sesungguhnya Allah yang ditanganNya segala sesuatu yang memberkati setiap yang disumbangkan.


lihatlah betapa tulusnya hati orang yang macam itu,
masih adakah lagi orang yang macam itu?
masih wujud kah didunia?
dan 'orang yang macam itu' tu macam mana orangnya??


keimanan~ (",) 


ikhwanonline.com




hakim.muslim.ikhwan

isnin, 10 rejab 1432


assalamualaikum..
dengan nama Allah..



Perutusan dari Prof. Dr. Mohammed Badi’ - Mursyid Am Ikhwan Muslimin 

26 Mei 2011

Satu hari daripada hari-hari Allah yang penting lagi bersejarah itu adalah Hari Pembukaan ibu pejabat Ikhwan Muslimin yang baru di Jabal Mokattam di Kaherah, pada hari Sabtu 18 Jamadil Akhir 1432H, bersamaan dengan 25/05/2011, setelah beberapa bulan berlaku revolusi rakyat yang diberkati, yang membebaskan Mesir dari rejim yang menindas, zalim, mundur dan korup, yang memerintah negara lebih daripada tiga puluh tahun. Malah pada hakikatnya, lebih enam puluh tahun sejak revolusi Julai 1952, kemudian berlaku penyelewengan revolusi pada tahun 1954.

Upacara penuh berkat itu dihadiri oleh ribuan lelaki, perempuan dan pemuda Ikhwan Muslimin dari seluruh negara Mesir - walaupun dihadkan kehadiran kerana ruang yang terbatas - bahkan dihadiri oleh delegasi dari seluruh dunia ... Sudan, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Turki, Afghanistan, Malaysia, Austria, Australia ... dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari warga yang besar dan hebat, dan juga dihadiri oleh agensi berita, saluran satelit antarabangsa dan tempatan untuk merakamkan peristiwa besar ini, supaya dapat diikuti oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

Hari tersebut adalah hari-hari Allah SWT .. menunjukkan dengan jelas lagi terang kuasa Allah, yang menyerupai mukjizat, seperti firman Allah (bermaksud):

“…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur”. ( Ibrahim: 5)

Tiada manusia yang akan merasai kebesaran ayat-ayat ini melainkan mereka yang menanggung kesabaran selama berbulan dan bertahun , dan kemudian merasa kemanisan syukur setelah dikurniakan nikmat, iaitu sebagai balasan dan kurniaan dari Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya telah melihat dataran tinggi Mokattam sebagai titik permulaan usaha untuk membangunkan umat, membangkitkan pemuda dan menghidupkan kembali keyakinannya, yang dipimpin oleh Imam al-Banna, yang telah menganjurkan katibah, mukhayyam (perkhemahan) dan mu’askar (kem ala tentera) untuk generasi baru yang terdiri dari anak muda yang bersih hatinya, kuat ibadahnya dan berjiwa mujahid. Imam Al-Banna berjaga malam bersama mereka sepanjang malam, membacakan kepada mereka ayat-ayat al-Quran, dan menghubungkan hati mereka kepada Allah swt, dan membuka ufuk fikiran mereka pada kebesaran alam semesta dan keagungan pencipta-Nya, dan mengingatkan mereka akan tugas mereka terhadap agama mereka dan bangsa mereka, dan mempersiapkan mereka untuk jihad yang perit untuk menentang penjajah, dan berhadapan dengan Yahudi perampas.

Kemudian tibalah saat ujian dan kesulitan – yang merupakan sunnah Allah untuk penyaringan dan ujian - yang tak dapat dielakkan bagi dakwah yang benar, dan datang hari-hari kesabaran yang penuh kepahitan, dan Jabal Mokattam menyaksikan pengkebumiaan mayat para syuhada yang suci kerana penyiksaan pada tahun-tahun kekerasan, dan dicatat oleh Syeikh Qaradhawi dalam bait-bait puisinya yang terkenal:

“Tanyalah kepada Bukit Mokattam, dialah sebaik-baik saksi, berapa ramai yang gugur syahid dan dikebumikan di perbukitannya
Berapa ramai anak muda disembelih, darah mereka ditumpahkan sewenang-wenangnya seolah-olah mereka hanyalah seekor anak lembu yang sedang menyusu
Apabila mereka terkorban tubuhnya dikebumikan di bukit Mokattam sedangkan ia tidak menerimanya
Mereka menyembunyikan dari mata makhluk, mereka tak tahu sedangkan Allah mengelilingi mereka dengan saksi-saksi mereka
Dan malam yang menyaksikan, bintang-bintang dan planet melihat mereka dikebumikan, dan cukuplah bagi mereka sebagai syuhada di hari kiamat”

Berlalu selama bertahun-tahun, orang-orang yang ditarbiyah untuk taat kepada Allah dan mengikuti contoh Rasulullah saw tidak berhenti dari menyampaikan dakwah, menyebarkan agama, dan menyuburkan akhlak-akhlak mulia, biarpun pemerintah yang zalim, dan penguasa yang korup mendatangkan kesulitan, ketidakadilan, penganiayaan dan pemulauan, membuang negeri, merampas hak asasi, mengkhianati rakyat mereka, bersekutu dengan musuh, mengagih-agihkan hasil mahsul rakyat, mereka menjadi raja kepada rakyat, dan diwariskan turun temurun dari generasi ke generasi, dan mereka mengira bahawa seluruh isi bumi telah tunduk kepada mereka, dan mereka telah mencapai tingkat keangkuhan dan kesombongan kerana telah bersumpah untuk menjadikan tahun 2011 ini sebagai tahun penghancuran dan pembenterasan semua pembangkang, terutama yang dipimpin oleh Ikhwan Muslimin.

Namun sebaliknya dengan kehendak Allah yang mengatasi segala sesuatu menjadikan tahun ini sebagai tahun kemenangan kepada golongan yang tertindas dan tahun kehancuran penguasa yang zalim. Firman Allah swt (bermaksud):

“Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu “. (Al-Qashash: 5-6)

Nikmat Allah dapat dirasai dalam waktu singkat sehingga tercapai apa yang kita harapkan selama bertahun-tahun:

1 - Penggulingan pemimpin-pemimpin rejim korup secara keseluruhan, sama ada mereka yang ingin membaharui, yang sudah tak sabar untuk mewariskan, dan yang terlibat dalam semua kerja-kerja terkutuk termasuk perompakan, perampasan, penderaan dan penindasan.

2 - Pembubaran Dewan Parlimen yang penuh penipuan (Dewan Rakyat dan Dewan Syura), yang telah meminggirkan Ikhwan Muslimin sebagai wakil rakyat yang sebenar dan pembangkang, dalam satu penipuan yang dilakukan yang telah menjadi skandal di dunia.

3 – Pembubaran Parti Kebangsaan yang korup, dan menutup – bahkan membakar - semua pejabat pentadbirannya yang sudah lama menjadi sarang korupsi dan rasuah, dan tempat berlindung dan berseronok bagi semua pengkhianat amanah rakyat dan para perompak kekayaan rakyat.

4 - Pembubaran pasukan keselamatan negara, yang sudah sekian lama melakukan ketidakadilan, kezaliman, penindasan, pembunuhan, penyiksaan, penghancuran negara, penganiayaan terhadap rakyat yang tidak bersalah dan penyekatan terhadap kebolehan rakyat .

5 - Pembebasan dan pelepasan para tahanan yang tidak bersalah yang telah disumbatkan ke dalam penjara melalui ketidakadilan mahkamah yang hanya menurut arahan dari rejim pemerintah yang korup, setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, penindasan, kesakitan dan pengusiran.

Di antara nikmat yang wajib sentiasa disyukuri, iaitu semua ini selesai dalam masa beberapa hari sahaja, dan revolusi aman yang dibangunkan di atas ketinggian keluhuran dan ketamadunan, disertai oleh segenap lapisan warga Mesir, lelaki dan perempuan, muda dan tua, Kristian Koptik dan Muslim, dan Angkatan Bersenjata yang turut menyebelahi rakyat. Tidak ada darah yang tumpah melainkan darah para syuhada’ yang dibunuh oleh talibarut rejim korup dan penolong-penolong nya seperti “Baltojah” (polis preman) dan perompak.

Kini, kita sedang menyaksikan pembebasan Rakyat seluruhnya, sebuah kebebasan setelah terlepas dari belitannya, dan penyertaan dari semua kekuatan dalam program-program pembinaan dan pembangunan ... Kini, kita membuka pejabat-pejabat yang baru, di setiap inci negara yang suci ini, untuk menjadi tempat memenuhi keinginan dan perlindungan untuk semua lapisan masyarakat; untuk bermesyuarat, nasihat-menasihati, bekerja dan berusaha.

Di antara bukti syukur atas nikmat-nikmat ini, iaitu memelihara kesatuan soff, kesatuan usaha, kajian masalah, dan menggariskan rancangan, kebijaksanaan penyelesaian, segera bekerja, dan menggalakkan semua orang untuk terlibat, selepas Mesir kembali kepada rakyatnya, dan mengembalikan hak untuk pemiliknya yang sebenar.

Di antara nikmat Allah kepada kita, iaitu Mesir kembali kepada kedudukannya di dunia Arab, Islam dan Afrika, malah seluruh dunia turut menyaksikan sendiri revolusi terbesar dalam sejarah moden, dan menyaksikan warganya dengan penuh ketinggian dan ketamadunan, bahkan mengambil inspirasi dari pemuda-pemuda ini sebagai teladan dan contoh yang diingini untuk pemudanya.

Di antara nikmat Allah kepada kita, iaitu kita menyaksikan ibu pejabat Ikhwan Muslimin yang baru di Mokattam yang menjadi tempat persidangan dari semua puak Palestin, dan sempurna kesepakatan di antara mereka hanya dalam masa empat hari sahaja, selepas kesepakatan ini sukar berlaku selama empat tahun di bawah rejim sebelumnya, yang telah ditentukan gagal dalam segala hal, yang membuktikan bahawa ia bertindak mengikut kemahuan musuh kita, sehingga Pedana Menteri rejim Zionis pernah berkata tentangnya: “Ianya (Mubarak) adalah harta strategik kepada Israel”.

Di antara tanda syukur di atas nikmat-nikmat ini, ialah memelihara dan mempertahankan sumber pendapatan rakyat, dan mengawasinya daripada saki baki rejim, konspirasi dan racunnya, dan kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga pada tahap tertinggi untuk memulakan kembali revolusi jika kita mendapati wujud ancaman kepada rakyat, biarpun membebankan kita dengan usaha keras dan pengorbanan.

Inilah ibu pejabat baru bagi Jamaah Ikhwan Muslimin yang mengajak kepada kebenaran, kekuatan dan kebebasan, yang membuka pintu seluasnya untuk semua lapisan masyarakat yang mulia, menyebarkan cahaya, menaburkan kebaikan dan membawa fajar baru dan saling bekerjasama dengan semua orang untuk kebangkitan, kemajuan dan ketamadunan umat. Firman Allah swt (bermaksud):

“..Dalam beberapa tahun lagi. bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,5. Karena pertolongan Allah. dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (sebagai) janji yang Sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjinya, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (Ar-Rum: 4-6)


hakim.muslim.ikhwan

rabu, 6 rejab 1432


assalamualaikum..
dengan nama Allah..



Tidak berganjak kaki seorang hamba ketika hari kiamat nanti sehinggalah ditanya mengenai 4 perkara : 1. Mengenai umurnya, apa yang dihabiskan ? 2. Mengenai waktu mudanya, dengan apa dia gunakan ? 3. Mengenai hartanya, dari mana dapat dan ke mana disalurkan ? 4. Mengenai ilmunya, dengan apa yang diamalkannya ?

saya nak fokus pada soalan yang ke-2, Mengenai waktu mudanya, dengan apa dia gunakan?
kita cuba renung kembali siapakah orang muda atau pemuda yang dimaksudkan? siapa lagi kalau bukan kita?

Allah akan tanya kita tentang masa muda kita ini,, mat/minah,, apekah yang kamu buat semasa muda kamu dulu? apakah yang kita nak jawab di depan Allah nanti kalau masa muda kita ini dipenuhi dengan benda yang sia-sia tanpa sedikitpun kita bermanfaat pada dunia dan agama Allah?

jadi, inshaAllah kali ini kita sama-sama akan bincangkan tentang masalah pemuda-pemuda sekarang.

baiklah,cuba sama-sama kita bayangkan
2 orang yang berbeza kondisinya.


yang pertama,
seorang yang hidupnya mewah. kehidupannya hari-hari dikelilingi sesuatu yang biasa. setiap pagi sarapan yang enak-enak. nasi lemak special, pizza hut, KFC, dan lain-lain yang orang mewah makan. kemudian kesekolah dengan kereta yang siap dengan drivernya sekali. sebelum ke sekolah, kasutnya dipakaikan, pintu keretanya dibukakan, dan sebagainy yang 'kan' merujuk kepada perbuatan orang pada dia. balik sekolah pula suka hati mengarah si driver kereta untuk kemana-mana yang dia suka untuk mengembirakan hatinya. dan kehidupan ini diulang-ulang sejak kecil hingga si budak ini dewasa.
jadi, rasa-rasanya apa yang ada dalam fikiran budak pertama ni??

yang ke-2 pula, 
seorang yang hidupnya dihimpit kesusahan. untuk sarapan paginya perlu berkais pagi dan makan petang pula perlu berkais petang. mencari apa yang boleh dimakan untuk dirinya, adik-beradik, dan ibunya. si ayah pula dipenjara tanpa sebab oleh pemerintah yang zalim. kehidupan yang begitu terhimpit untuk belajar, untuk mencari makanan, tempat tinggal yang sudah dimusnahkan oleh pemerintah dan penjajah. hidup untuk diri sendiri, adik-adik, dan ibu tercinta. walau pun begitu, kehidupan mesti diteruskan kerana kebenaran yang diperjuangkan oleh ayahnya masih belum selesai. jadi, semua benda-benda tu menekan si budak ini. 
jadi, apa pula yang selalu difikirkan oleh budak ke-2 ini?


baik, cuba kita lihat
 yang prtama
apa yang selalu bermain difikirannya ialah hari apa ya yang ada bawah tudung saji tu. kalau semalam dah nasi lemak, tak kan la hari nasi lemak lagi. aku rasa mesti burger king. kalau tidak pun, pizza hut ke? mungkin dan mungkin lagi.... 
balik sekolah ni nak jalan-jalan ke mana ya. asyik-asyik ke City Star je, hari ni aku nak suruh driver ni bawakkan aku ke Delta Mall pula lah, boleh jalan-jalan di Tanta.
lepas ni lunch nak makan apa ya. semalam dah western food. bosan la, hari ni makan kari mamak pula lah. dan sebagainya.
apa yang difikirkan oleh si budak ni tidak akan lari daripada perkara-perkara diatas. memikirkan apa yang patut untuk diisi kedalam perutnya, mengisi kekosongan hati dengan hiburan-hiburan, dan yang pastinya tidak terkeluar daripada skop diri sendiri. hidup untuk diri sendiri.

yang ke-2 pula, 
pastinya apa yang bermain di dalam kotak fikirannya ialah bagaimana untuk memberi adik-adik aku dirumah makan dan tidak kebuluran. ibu yang perlu dijaga, ayah yang perlu dibebaskan, ilmu yang perlu dituntut dengan jayanya, menyambung tugas-tugas ayah setelah ayah dipenjara, kebenaran yang perlu ditegakkan, negara yang perlu dibebaskan, islam yang perlu disebarkan dan penyedarkan sanak saudara dan rakan-rakan lain agar tersedar daripada lamunan dunia yang menghayalkan. hah, macam mana tu? sangat banyak tanggungjawab. fikir2..



jadi, 
orang macam mana yang akan lebih matang dalam hidupnya nanti? anda tahu jawapannya. mestilah orang yang memikirkan masalah yang besar. maksud saya, seseorang yang kehidupannya tidak tertumpu hanya pada kehidupan sempit dirinya sahaja dan tidak dihantui dengan masalah-masalah yang remeh-temeh. orang yang hebat lagi cemerlang tidak akan hidup hanya untuk dirinya sahaja tetapi akan hidup untuk dirinya dan juga hidup untuk orang lain. 

kata-kata daripda syed qutub,, "Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga.. "

okey,, satu lagi point. siapa yang mahukan syurga? who wants to be there? 
saya yakin 100% semua orang mahukan syurga dan nak masuk syurga. mana ada orang yang nak masuk neraka. tu gila namanya.
tetapi......
persoalannya, adakah kita hanya nak masuk syurga sekadar untuk mengelak daripada azab neraka atau kita nak masuk syurga yang paling atas? iaitu jannatul firdaus.
nah.. pilih2~
siapa kata yang dirinya hanya cukup sekadar menginginkan untuk masuk syurga saja bermakna dia ni seorang yang selalu menipu dalam setiap doanya. sebab apa? sebabnya dalam setiap doanya ketika solat, dia akan meminta, 
"ya Allah, tunjukkan aku jalan yg lurus,, iaitu jalan org2 yg telah engkau beri nimat pd mereka dn bukan jalan org2 yg Engkau murkai dn sesat"
 kita berdoa seperti ini tiap-tiap hari dalam setiap solat yang kita kerjakan, dalam Fatihah yang kita baca hari-hari.
kita sendiri yang minta untuk berada dalam jalan orang-orang yang Allah beri nikmat,bersama jalan para nabi dan rasul, jalan para solihin dan para syuhada. 
jadi, mana mungkin kita nak tipu doa kita. kita yang minta setiap hari, then kita pula yang tak nak. pelik2~


jadi, terbukti kita bukan sekadar mahukan syurga, tetapi kita sebenarnya mahukan syurga firdaus
dan kalau kita mahukan sesuatu yang hebat namun kita langsung tidak pernah cuba untuk mendapatkannya... macam mana tu kan..

so,kesimpulannya
kita perlu buat sesuatu sekarang,,
buat apa yang nabi dan orang-orang yg mati syahid buat.
ubah semula niat kita yang tersilap dan mungkin terlari daripada matlamat kita sebenar.
kembali kepada jalan yang cepat lagi mudah iaitu jalan yang lurus. jalan yang orang sebelum kita pernah laluinya dan terbukti berjaya dalam hidup didunia dan akhirat sana.

now!!!!!


kenapa?
 cuba lihat dan ingat balik hadis di atas yang mula-mula skali tadi.
kerana kita MUDA.. 
dan Allah akan tanya usia muda kita ni.
jangan berlengah lagi.. tajdid (perbaharui) niat kita apa yang kita buat only for Allah dan satu-satunya agama yang diredhainya iaitu ISLAM!!

akhir penaipan, siapa PEMUDA??
kitalah PEMUDA-PEMUDA ISLAM! 

maaf salah silap.


inshaAllah.



hakim.muslim.ikhwan

Blogger Template by Blogcrowds