.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.


HAMAS


Sejarah dan Strategi HAMAS (4)
(perkongsian dari Dr Muhammad Syehab - MP Gaza di Bengkel Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia). 


tuntutan semasa yang dihadapi oleh HAMAS adalah suatu yang tabii,apatah lagi apabila HAMAS sudah menjadi sebuah kerajaan. (Sudah tentu mengurus sebuah kerajaan jauh lebih rumit/mencabar dari mengurus sebuah jemaah/gerakan Islam - ulasan HMN).


Namun HAMAS tidak pernah meninggalkan aspek tarbawi (pendidikan ruhiyyah - kerohanian). HAMAS tetap menjadikan al-Quran sebagai paksi utama dalam program tarbiyyah. Program-program kemasyarakatan tetap menjadikan hafazan al-Quran sebagai intipati/induk program. Bahkan di peringkat kanak-kanak lagi program tersusun dan sistematik diwujudkan bagi melahirkan para hufaz. Setiap kali cuti musim panas, satu program intensif disusun selama 3 bulan untuk melahirkan 20,000 kanak-kanak/remaja yang hafiz Quran. HAMAS mensasarkan bagi setiap rumah akan ada seorang hufaz, setiap keluarga ada sekurang-kurangnya seorang anak yang hafiz al-Quran. Di sekolah juga disusuli dengan program pemantapan al-Quran.


(Quran adalah jantung hati umat ini. Kita juga melihat bagaimana ahli parlimen dalam kerajaan yang baru dibentuk di Mesir setelah tumbangnya regim Hosni Mubarak - ramai di kalangan mereka adalah para hufaz (140 MP hafiz Quran).


(ulasan saya - kalau orang bertanya dari manakah datangnya kekuatan HAMAS. Tanpa ragu-ragu lagi jawapannya ialah al-Quran...) 


Perjuangan HAMAS yang melalui marhalah-marhalah dakwah Ikhwan menjadikan umat mencintai harakah ini. Ciri-ciri spt tadhiyah (jiwa pengorbanan yang tinggi), ikhlas, sabar, khidmat (mengambil berat kebajikan masyarakat dan menyantuni mereka) adalah unsur-unsur tarekan. Fikrah (pemikiran) Ikhwan telah memasuki setiap rumah di Palestin. Bahkan isteri dan anak-anak mereka (termasuk saingan Fatah) menyokong fikrah Ikhwan sibghah (celupan) HAMAS. Inilah kejayaan yang tidak dapat di atasi oleh musuh-musuh mereka termasuk Amerika. Mereka menyangka HAMAS akan ditewaskan oleh PLO. Tetapi mereka terperanjat (kini PLO tidak disebut-sebut lagi - sedangkan PLO adalah sinonim dengan perjuangan Palestin sejak tahun-tahun 60'an, 70'an dan awal 80'an - HMN). 


Setiap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak mendekati HAMAS. Syeikh Dr Muhammad Syehab mengatakan "rakyat Palestin tidak akan meninggalkan kami walaupun mereka melakukan pelbagai siri tekanan termasuk tangkapan dan penindasan (baik oleh pihak musuh mahupun FATAH). Setiap kali kami melalui siri-siri tekanan ini, HAMAS akan keluar dengan kekuatan yang lebih besar lagi."


Sekian, semuga nota-nota rengkas perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan-rakan FB yang mengikutinya - menganalisis isu HAMAS-FATAH ini tidak akan sama dengan mendengarnya langsung dari mereka yang langsung berada di medan. So we all had the chance to hear it from 'the horses' mouth'


Alhamdulillahi Rabil Alamin.


Moga ikhwati wa akhowati fillah dapat sedikit sebanyak info tentang hH Hamas.



10 jamadil akhir 1433, selasa


Assalamualaikum sahabat-sahabat ikhwah dan akhowat.
Maaf, saya lupa nak post sambungan tentang hamas.
Apapun, ni sambunganya..


Sejarah dan Strategi HAMAS (3)
(perkongsian dari Dr Muhammad Syehab - MP Gaza di Bengkel Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia). 


Fasa berikutnya HAMAS membentuk sayap ketenteraannya (Kataib Aqsa - Briged al-Qassam) dan di antara modus operandinya ialah 'amaliah ishtihadiyah' (melakukan serangan berani yang berakhir dgn kematian) untuk memusnahkan dan meletupkan kepentingan-kepentingan Israel.


Pendekatan ini juga ditiru oleh PLO yang juga menubuhkan unit Briged al Aqsa dengan modus operandi yang sama. Walaubagaimanapun PLO berada pada tahap yang rendah berbanding HAMAS. Apabila HAMAS kedepan untuk memimpin umat mereka mempunyai kelebihan baik dari sudut kemantapan organisasi, persediaan jihad fizikal dan juga kerohanian (pemantapan akidah melalui pelbagai program pemantapan syaksiah dan tsaqafah - ilmu). Persenjataan HAMAS berkembang dari senjata yang 'crude' (asas) kepada persenjataan moden termasuk penggunaan roket.


Kekemasan organisasi HAMAS terus mendapat kepercayaan masyarakat meluas. Usaha-usaha HAMAS yang unik, cemerlang dan kreatif serta berterusan terus membina kepercayaan orang ramai. Keadaan ini menyebabkan penduduk berbondong-bondong menyertai program-program HAMAS. Sambutan yang hangat ini menjadi bebanan (cabaran) baru pd HAMAS. Kepercayaan masyarakat perlu dipelihara sedang mereka tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk menyantuni jumlah pengikut yang ramai. Untuk menguruskan keadaan ini maka HAMAS telah mengujudkan halaqah-halaqah umum berpusat di masjid untuk mendidik kelompok yang lebih besar. Pendekatan ini diguna pakai untuk mengelak dari wujudnya perasaan kekosongan di kalangan ahli sehingga mereka mencari wadah (kelompok) yang lain bagi memenuhi kedahagaan khalayak untuk menyumbang ke arah perjuangan. 


Situasi ini melahirkan satu keadaan yang tidak dapat dielakkan. Apabila sokongan bertambah maka qualiti pembinaan menurun. Wujud satu keadaan di mana ada anggota yang menguruskan sehingga 5 halaqah (majlis ilmu). Dengan mengadakan halaqah umum di masjid, maka usaha tarbiyah (pendidikan) dalam diterapkan kepada kumpulan yang lebih besar. Semestinya kesannya tidak sama ketika bilangan anggota masih sedikit. Bak kata Syeikh Dr muhammad Syehab seorang ayah yang mendidik 12 orang anak tidak mungkin sama dengan seorang ayah yang mendidik 5 orang 
anak.



Blogger Template by Blogcrowds