.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

13 rabiul awwal 1433, isnin


dengan nama Allah,
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.


Apa khabar iman? Apa khabar amal? Apa khabar tubuh badan?
harap semua sihat la ya. InshaAllah.


huh.. Lama gila (seakan terlalu lama) tidak menulis atau menaip di blog ini. Kenapa ya?
jawapannya juga tidak ada pada saya. entah lah.
Ditakdirkan Allah, hampir-hampir menjelang peperiksaan ini lah juga munculnya semangat untuk menaip. Alhamdulillah..




"if you are not with me, you are my enemy!!!"


kata-kata Anakin Skywalker (antara watak utama dalam movie starwars) yang saya ingat.
Siapa Anakin ini. hah... tiba-tiba terasa perlu tonton cerita Starwars pula. Tidak perlu, biar saya saja yang ceritakan serba sedikit perihal Anakin ini. Kepada sesiapa yang sudah tahu, bagus la.. 


Anakin ini adalah seorang yang hebat. Sangat hebat. Semasa kecilnya dia pernah memenangi satu perlumbaan dengan kenderaan ciptaanya sendiri. dan lebih membanggakan, dia berjaya mengalahkan juara bertahan.
Dipendekkan cerita, jadilah Anakin anak murid kepada Obiwan setelah beberapa peristiwa yang saya rasa tidak perlu diceritakan disini. hermm..
Lebih kurang 10 tahun Anakin ini menuntut ilmu dengan Obiwan, jadilah Anakin seorang yang hebat bertempur menggunakan 'lightsaber'nya itu disamping dengan bakat dan kebolehannya itu.


Anakin ini ada beberapa sifat yang sering membuatkan gurunya resah dan bingung dengan sikapnya itu.
1) terlalu takut akan kehilangan
2) tidak sabar
3) ego


buktinya, Anakin terlalu takut kehilangan isterinya Patme dan sanggup berbuat apa saja agar isterinya tidak meninggalkannya. Anakin juga tidak sabar untuk menjadi Jedi Master dan sering bersangka bahawa gurunya itu tidak pandai menilainya. Dan Anakin sangat ego kepada gurunya, Obiwan hingga sanggup menentang Obiwan yang cuba untuk menolongnya.


Dengan sifat-sifat ini lah yang membuatkan seorang hero bertukar kepada si penjahat utama. Seorang yang diharap-harapkan menjadi seorang pengkhianat.
Anakin yang diharap-harapkan menjadi pelindung kepada galaxy pada masa itu, bertukar menjadi pemusnah dan memilih dunia kejahatan (dark side) semata-mata kerana sebuah kuasa yang hebat dan terlalu takutnya dia pada sesuatu kehilangan. Anakin tidak sabar untuk dirinya dipilih menjadi pahlawan dan dipilih untuk ke medan dan tidak sabar untuk menjadi yang terhebat. dengan memilih kejahatan dan dengan kekuasaannya itu juga menyebabkan dia sudah lari dari matlamat sebenar kerana apa dia memilih kejahatan itu.
Sifat egonya juga yang membutakan hatinya untuk menerima semula kebaikan.
Lastly Anakin Skywalker harapan Jedi, dialah Dark Veder..


owh! apa yang bestnya disitu??
seakan-akan merapu dan khayal dengan movie buatan barat! teruknya!
usbur ya ikhwah..


saya nak bertanya kepada sahabat-sahabat, kenalkah kalian kepada bapa saydara nabi, si Abu Jahal dan Abu Lahab?
bercerita sedikit tentang Abu Jahal. Seorang yang alim dengan ilmu yang banyak. Orang kenamaan dan penjaga mekah. Menjadi rujukan kepada orang ramai.
Setelah datangnya kebenaran, lihatlah..
ego yang menguasai dan menutupi hati buat dia buta kepada kebenaran sedangkan dia orang yang berilmu, masakan tidak boleh nampak akan kebenaran didepan mata.
Disebabkan ketakutannya pada kehilangan kekuasaan dan harta, kebenaran dihijabkan.


okeyhh, sebenarnya perbandingan dua watak diatas yang cuba ingin sampaikan.
hadis nabi; 
"dalam tubuh manusia ada seketuh darah, baik ia maka baiklah seluruhnya, buruk ia maka buruklah seluruhnya, ia adalah HATI",


sahabat-sahabat, jangan biarkan ego menyelaputi hati. Ego yang membuatkan kita tidak kenal mana satu kebenaran dan mana satu kebatilan. Hati itu sendiri sifat yang fitrah yang tahu akan kebenaran. tapi ego dan nafsu itu yang mengaburi kita. Dengarlah suara hati yang Allah beri ia taufiq dan hidayah, jangan pekakkan telinga mu.


Belajar lah untuk melepaskan kerana setiap yang hidup itu pasti akan mati.
"setiap yang bernyawa akan merasai mati"
al anbiyya 21:35
takut akan kehilangan itu akan membuatkan kita seolah-olah tidak dapat menerima takdir apabila sesuatu yang kita takutkan itu pergi meninggalkan kita.
dan 
"Allah tidak akan menguji benda yang kita biasa-biasa saja, tetapi Allah akan menguji dan mengambil apa yang kita sangat sayang". kata-kata penceramah dalam suatu majlis ilmu.


Belajarlah erti kesabaran.
jangan dipetik buah yang belum masak. Nanti rasanya pahit. Mahah kita akan membuangnya nanti dan mungkin ia akan memudharatkan kita.
itu lah kata-kata naqib saya suatu masa dulu.


inshaAllah, sampai disini saja dulu.
saya mohon maaf atas salah silap,
tegur kesalahan saya.
dan doakan kejayaan saya dan ikhwah untuk peperiksaan yang hampir tiba.
salamullahi alaik




hakim.muslim.ikhwan







0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds