.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

19 rabi'ul awal 1433, sabtu


Assalamualaikum sahabat-sahabat,
Dengan nama Allah..


InshaAllah, kali ini saya ingin kongsikan tentang dakwah dan strategi
Hamas. Sebuah perkongsian daripada ikhwah dari Palestine sendiri yang mana saya ambil dari mukabuku pengerisi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi. 
Semoga bermanfaat..


Sejarah dan Strategi dakwah HAMAS (1)
(Perkongsian Dr Muhammad Syehab - MP Gaza, di dalam bengkel Dewan Perwakilan Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia.)


Beliau memulakan penyampaian pagi ini dengan memuji Allah SWT. Beliau amat berbahagia berada di dalam majlis Pertubuhan IKRAM Malaysia. Seterusnya beliau menyampaikan salam dari Majlis Syura Gaza yang merupakan sebahagian dari juzu' Gerakan Islam.


Gerakan ini (HAMAS) dibangunkan semula pada tahun 1967 (apabila Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis ditawan oleh Zionis Israel). Pada peringkat awal pendekatan mereka ialah membina masjid di segenap pekan dan desa. Masjid-masjid inilah yang menjadi pusat aktiviti bagi membangunkan ummah. Masjid ini menjadi markas untuk membangun kader (penyokong) gerakan Islam. Seterusnya ditekankan tentang membangunkan tsaqafah (penguasaan ilmu) dengan memperbanyak dan menyebarkan bahan-bahan bacaan yang sejahtera. Budaya tsaqafah ini begitu subur sehingga setiap pendukong mempunyai maktabah (library) peribadi di rumah.


Langkah seterusnya ialah membangun institusi khairiah (kebajikan), persatuan dan kelab-kelab kesenian, kelab sukan, halaqah-halaqah (study circle), kelab-kelab untuk kanak-kanak dan remaja, menyantuni golongan miskin dan terpinggir dan menjaga kebajikan mereka. Marhalah (fasa) ini berlangsung selama 13 tahun. 


Meskipun mereka giat membangunkan institusi dan bergelumang dengan masyarakat namun wasilah tarbawi (pendidikan dalaman (jiwa) sentiasa diberi penekanan yang utama. Aktiviti pembinaan dalaman yang paling penting ialah menghafal al- Quran dan penghayatan ruh al Quran melalui program-program nadwah, mukhayyam, daurah (pelbagai bentuk majlis ilmu) . Melalui wasilah (pendekatan) ini, kekuatan saf ditingkatkan. Di sana berlaku peningkatan, pemeringkatan ahli dan penapisan keahlian bagi mengukuhkan institusi dalaman (sebagai tunggak kepada semua institusi/lembaga yang dijelmakan di dalam masyarakat)...
 bersambung


InshaAllah sahabat-sahabat,
Yang seterusnya saya akan post dari semasa ke semasa.


Dan saya dengan rendah diri mohon kepada sesiapa yang membaca blog ini untuk mendoakan kami (pelajar perubatan Tanta University yang akan menghadapi midterm exam pada esok, 12 feb (ahad). 


Maaf salah silap dan mohon teguran mana-mana yang salah.
Salamullahi alaikum.


Hakim.muslim.ikhwan



















0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds