.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

21 rabi'ul awal 1433, isnin


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Dengan nama Allah,


Alhamdulillah, selesai sudah paper pharma semalam. macam mana ikhwah dan akhowat serta sahabat-sahabat tentang pharma semalam? moga dipermudahkan Allah untuk kita dapat cemerlang. sekarang masanya untuk tawakkal dan sekarang masanya untuk parasitology pula. begitu juga untuk adik-adik tahun satu, tawakal untuk physio semalam dan focus on biochem pula dan  tahun 2 yang akan menduduki exam pertama mereka hari ni.


InshaAllah nak sambung tentang hamas lagi..
Sejarah dan Strategi HAMAS (2)
(perkongsian dari Dr Muhammad Syehab - MP Gaza di Bengkel Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia). - Terjemahan oleh al-fadhil Ust Abdul Muhaimin Mohd Sahar.


Sambungan..
Fasa membina (1967 - 1982) ini menyebabkan golongan sekular dan musuh tidak menyenangi kehadiran gerakan Islam. Namun demikian gerakan ini terus berkembang dan sentiasa muda kerana penyertaan generasi muda yang berterusan kerana tertarek dengan pendekatan yang dibawa. Secara bertahap-tahap gerakan Islam mengambil pendekatan muwajihah (berdepan - konfrontasional) dengan musuh Zionis. Akhirnya keputusan dibuat untuk melakukan jihad ashkari (jihad dengan ketenteraan/bersenjata). Pada tahun 1984 berlakulah siri-siri tangkapan secara besar-besaran ke atas pimpinan Gerakan Islam. Walaubagaimanapun sokongan yang meluas di seluruh negeri kerana mantapnya institusi dalaman dan kemunculan institusi kemasyarakatan yang bercambah dan terbina sekian lama, siri-siri tangkapan ini tidak memperlahankan dan melemahkan gerakan Islam, bahkan ia semakin berkembang dengan kemunculan cawangan-cawangan di pelbagai cabang daerah. Syeikh Ahmad Yaasin dan kepimpinan utama kesemuanya dipenjara oleh Israel dan dikenakan penyeksaan yang jauh lebih dahsyat dari apa yang dikenakan ke atas tahanan PLO. Pada tahap ini lampu hijau (kebenaran) diberikan untuk gerakan Islam memanfaatkan pelbagai saluran dan peluang untuk meneruskan agenda penentangan ke atas Israel. (Apabila intifadah (kebangkitan - resistance) di istiharkan, Syeikh ahmad Yasin mengumumkan kemunculan gerakan Islam di Palestin dengan nama HAMAS (Harakatul Muqawwamah wal Islamiyah).
bersambung..


InshaAllah akan bersambung lagi.. 
Mohon maaf salah silap saya.
Salam alaikum


hakim.muslim.ikhwan

























0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds