.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.
assalamualaikum,
dengan nama Allah,
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhluk-Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.
Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.
Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.
Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)
Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.
Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu.
Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia.
Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Ungkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur.
Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w.“Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?
Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu!
Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (An-Nisaa’:4)
Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…”(At-Tahrim:6)
Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Ya Sin:56)
Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?
Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.
Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.
Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
selasa, 10 syaaban 1432
assalamualaikum,,
dengan nama Allah.
"bloggers tanpa internet, ibarat pokok tanpa buah"
peribahasa baru yang ahli bait saya selalu tujukan pada saya. pandai-pandai saja buat peribahasa baru. boleh buat sasterawan-sasterawan melayu pening ni.
terasa malu kerana selalu meminjam broad band(bb) bilik sebelah, saya pun merancang untuk beli (bb) sendiri dan tadi saya telah berjaya membelinya di etisolat centre setelah menunggu seberapa lama.
sedang menunggu giliran untuk ke counter etisolat centre itu, seorang pemuda arab duduk disebelah saya. dia melihat angka giliran saya, 17, dan angka giliran miliknya pula, 22. mungkin itu yang buat dia tertarik untuk bersembang dengan saya. ada kena-mengenakah?
"ismak eih?" tanya lelaki tersebut sambil tersenyum. "bitadarris walla eih?" sambungnya sambil duduk.
senyum berbalas senyum.
"fadhal ya akhi. ana hakim. bitadarris hina."
"wa enta, ismak eih? bitaddarris bardu?"
"ana wail. ana khalas. dilwakti, free job"
jawabnya ramah.
fahamlah saya yang kawan baru saya ini menganggur. wail, macam nama dalam movie KCB je.
jadi, kami pun teruskan persembangan kami. rupa-rupanya dia adalah seorang kristien ortodoks. katanya, tiada yang beza antara muslim dan kristien disini. dia banyak menyatakan pendapatnya tentang islam di mesir.
"muslim kathir fi mirs wa kristien qalil, fi ministry, kullu muslim...."
muslim ramai di mesir, menteri-menteri di sini semuanya muslim. tidak ada seorang pun dari kalangan kristien. jadi kami ini golongan minoriti yang selalu ditindas oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan mereka semuanya muslim.
"kaifa mirs baada muzaharod?"
jawabnya lebih kurang macam ni.
sangat-sangat teruk. kemungkinan ikhwanul muslimin yang akan memerintah. dan pastinya kami makin ditindas kerana ikhwan hanya orang islam. dan masa depan mesir memang tidak dapat dijangka.
saya senenarnya agak terkejut dan saya yakin dia memahami islam semacam itu bukan salahnya, tetapi salah kita orang islam sendiri. saya cuba bandingkan bagaimana orang islam terdahulu. semasa orang islam berjaya menawan negara orang-orang kafir,
betapa ramai orang kafir berpusu-pusu memeluk islam kerana tentera muslim pada masa itu membawa imej islam yang sebenar-benarnya mengikut syariat. contoh, tidak membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak, sangat berperikemanusiaan, tidak memusnahkan, dan layanan mereka keatas tahanan-tahanan perang.
di negara-negara islam yang dinaungi khalifah yang adil memerintah, rakyatnya yang muslim sangat berakhlak mulia, hidup dengan ajaran islam yang sebenar. dan ini seringkali membuatkan kafir-kafir zimmi di negara islam tersebut sangat tertarik dengan islam hingga akhirnya mereka memilih islam daripada memilih agama keturunan mereka.
cuba bandingkan dengan sekarang, atas nama yang sama, negara islam dan rakyatnya muslim, tetapi, kafir-kafir disini langsung membenci islam kerana melihat tiada apa pun tentang islam berdasarkan penganut-penganutnya.
akhlaknya macam mana?
ilmunya macam mana?
pemerintahannya macam mana?
apalah lagi untuk menjadi bangsa yang bertamadun,
saya rasa banyak lagi yang kita umat islam perlu buat.
saya teringat satu perumpamaan yang diutarakan oleh sahabat usrah saya masa tadabbur qur'an beberapa masa lepas.
islam itu menyeluruh, memenuhi segenab perkara,
tapi sekarang, manusia hanya ambil islam pada part-part tertentu saja. yang rasa best diambil, yang rasa tidak menguntungkan dibuang. ketinggalan zaman dan sebagainya.
ya lah, macam pokok bunga,
bukan semuanya cantik, kita pula mahu ambil bunganya saja,
tidak ambil akar, daun, batang dan semuanya lah, bunga saja,
pastinya bunga tu layu selang beberapa ketika dan begitu lah islam sekarang.
terdetik dalam hati, "ade potensi budak ni!!"
"ting tong...."
"raqam sab'a tasyar, quanter thani"
tibalah giliran saya. saya pun meminta laluan pada wail untuk ke quanter dengan niat lepas ni saya mahu bersembang dengannya lagi. kalau berkesempatan, saya nak minta wail lepas ini perhatikan islam bukan dengan orang-orang muslim itu sendiri,
tetapi dengan al qur'an dan hadis-hadis nabi serta ajaran islam itu sendiri.
setelah selesai urusan, saya kembali ke tempat duduk, wail sudah tiada. saya bertanya rijal sebelah tu,
"feen wail?"
"huwa yamsyi"
wail sudah keluar. tidak sanggup tunggu lama-lama di etisolat centre ini agaknya.
saya pun pulang lah dengan hati yang agak duka cita. tidak sempat saya untuk sampaikan apa yang saya mahu sampaikan padanya tadi.
.................................................................................................................................................................
eh, apa kena-mengenanya dengan tajuk di atas tu?
an najasyi
saya sebenarnya nak cerita tentang sejarah hijrah pertama ummat islam berhijrah ke habsyah yang pada masa itu habsyah diperintah oleh seorang raja yang adil lagi baik hati dan beragama nasrani.
tetapi nampaknya macam dah panjang ja. lagipun...
oleh itu, saya rasa kisah an najasyi ini saya akan ceritakan dalam enrty yang akan datang lah.
inshaAllah.
maaf salah silap saya.
tegur kalau ada kekurangan.
hakim.muslim.ikhwan
.risalah mursyid. isra' hak orang arab dan islam di palestine.
0 nasihat sahabat pada 7/09/2011 10:57:00 PGsabtu, 7 syaaban 1432
assalamualaikum,
dengan nama Allah..
assalamualaikum sahabat
dengan nama Allah..