.tetapkan muslim ku selalu.be a muslim warrior.

sabtu, 2 rejab 1432
assalamualaikum..
dengan nama Allah..



Parti Keadilan dan Kemerdekaan (Hizb al-'Adalah wa al-Hurriyyah/JFP) Mesir yang didasari oleh Jemaah al-Ikhwan al-Muslimun (Ikhwan) menegaskan bahawa Ikhwan sama sekali tidak ada niat untuk menguasai kerusi presiden dan parlimen Mesir.
"Kami tidak pernah memiliki niat untuk menguasai kerusi kekuasaan dan kerusi parlimen, kerana hal ini bertentangan dengan kemaslahatan dan kepentingan Mesir," kata Ketua Umum JFP Muhammad Mursi sebagaimana disiarkan Aljazeera (30/5).
Mursi juga menegaskan, yang Ikhwan tidak akan memaksa untuk menerapkan Syari'at Islam secara 'formal'. Ikhwan menghendaki sistem parlimen yang menghimpun pelbagai kalangan dan unsur dari seluruh rakyat Mesir.
"Baik parti atau pun jemaah Ikhwan, kedua-duanya menyerukan dan mendukung negara civil, negara Muslim, dan negara Mesir. Kami juga mendukung undang-undang Mesir yang hingga saat ini masih mengukuhkan jika Ajaran Islam adalah sumber pokok hukumnya," kata Mursi.


hakim.muslim.ikhwan

0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds